Halaman

Isnin, 28 Oktober 2013

Ada peluang berkayuh

Kalau dikikutkan trend sekarang memang hujan akan turun juga hari ini, tetapi hati meronta untuk berkayuh. badan pun rasa tidak begitu 'sedap'. Apa tidaknya selera makan bertambah, rasa mengantuk dan waktu tidur sebelah malam seting terganggu kerana terpaksa bangun untuk be bilik air. Air dalam badan terlalu banyak dan perlu dibuang.
Berbeza kalau membuat kayuhan, tentunya tidur malam berterusan tanpa masalah sehingga bangun pagi. 
Minggu lalu pada 23 dan 23 Okt, aku menghadiri 'Seminar Pemantapan untuk Ahli Panel Penasihat Klinik Kesihatan' yang dianjurkan oleh panel penasihat Klinik Kesihatan Bakar Arang dimana aku salah seorang ahli penasihat. Seminar bertujuan untuk memantapkan dan mengulangkaji tanggungjawap ahli, dimana ahli diperingatkan tentang tugas, tanggungjawap serta diberi latihan praktikal ulangkaji semula untuk ujian sepeti mengambil tekanan darah, cholesterol, gula, BMI dan lain lain.
Beberapa siri ceramah mengenai penjagaan pemakanan, kesihatan dan penyakit tidak berjangkit NCD (non communicable diseases) juga disampaikan pada seminar tersebut bertujuan untuk pengetahuan ahli panel agar dapat disampaikan kepada masyarakat. 
Aku tertarik tentang satu ceramah penjagaan kesihatan yang disampaikan oleh seorang pegawai perubatan tentang kesan diabetis. Sebelum memulakan ceramah beliau bertanyakan kepada peserta apakah soalan yang sering ditanyakan oleh masyarakat tentang kesan penyakit diabetis. Response dari peserta amat menggalakkan dan salah satu soalan atau masalah adalah tentang 'mati pucuk'.
Menurut pegawai perubatan yang memberi ceramah, antara punca mati pucuk adalah diabetis, obesiti dan cholestoral. Cara paling mudah untuk mengetahui seseorang lelaki mengalami masalah mati pucuk ialah apabila 'penis' tidak bangun setiap pagi sebelum tuan punya badan bangun. Mati pucuk disebabkan darah tidak mengalir dengan sempurna kerana disebabkan saluran darah tersumbat.
Penggunaan ubat seperti viagra perlu mendapat pemeriksaan dan kebenaran doktor kerana kesan yang negatif jika pengguna mempunyai penyakit.

Statistik : 
    Mula ............... 8.05 pagi
    Tamat ............  9.50 pagi
    Jarak ............... 43 km
    Cuaca .............. Redup
    Laluan ............. Lencongan Timur
   Odometer 2013 : 04149
     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan