Halaman

Khamis, 10 Oktober 2013

Basikal stand .... DIY

Pagi kelmarin aku menalifon SK Juan tetapi panggilan tidak dijawap. Memang sudah dapat mengagak yang dia sedang berkayuh. Lima minit kemudian dia membalas panggilan tersebut. Bukan ada hal apa pun, hanya ingin berjumpa untuk sembang. Kami tidak bertemu sejak pulang dari kayuhan ke Hatyai tempoh hari.
Rasa cemburu pula kerana dia melakukan kayuhan. Pagi ini sebelum sempat aku mengenakan pakaian berbasikal orang rumah bertanyakan samada aku keluar berkayuh atau tidak. Rasanya pagi ini kayuh berdekatan sahaja.
Selama ini aku akan mencari dinding, tiang atau apa apa sahaja yang boleh dijadikan tempat menyandarkan basikal apabila berhenti atau ketika disimpan. Untuk simpanan dirumah aku ada menyediakan tempat menggantung seperti yang terdapat dikedai kedai basikal, itu pun aku buat sendiri dari bahan terbuang atau terpakai. Tidak der la aku nak belanja hampir RM 50.00 untuk basikal stand.
Secara tidak sengaja aku terjumpa video dalam U tube cara murah untuk membuat bicycle stand. Ia menggunakan paip air PVC dan beberapa 'fitting'. Mengikut penerbit video, kos keseluruhan tidak sampai US7.00 (lebih kurang RM22.00). Aku tertarik dengan design tersebut kerana ia mudah untuk dibuat, tidak memerlukan peralatan khas atau canggih selain dari hacksaw dan gam, ringan dan tahan, jika menggunakan paip berkualiti yang tebal .... 'double O' kata cina hardware di taman aku. Boleh dibawa dalam kereta kerana tidak menggunakan ruang banyak. Takut tertinggal atau hilang? .. buat saja yang lain.
Aku membelanjakan RM23.00 untuk membeli paip berukuran 3/4 inci, enam biji elbow, enam biji tee bersaiz 20 mm dan satu tin gam PVC. Sebenarnya hanya 3 meter paip diperlukan tetapi kedai hardware tersebut menjual sebatang paip berukuran 6 meter. Kalau hendak juga boleh tetapi kena bayar mahal sedikit. Baik ambil sahaja satu batang dan lebihnya boleh buat satu lagi stand jika perlu atau gunakan untuk lain projek.
Jadi keseluruhan harga untuk satu unit hanya RM14.00 sahaja atau USD4.00, hampir setengah dari harga yang dinyatakan dalam video tersebut. Seronoknya aku mengambil masa hampir 20 minit mengerat paip mengikut ikuran yang dikehendaki dan mengambil masa kurang dari 5 minit memasang kesemuanya. Dalam masa kurang dari setengah jam aku boleh menggunakan bicycle stand tersebut. 

Mungkin akan buat lagi satu unit untuk 'touring bike' aku.

Statistik : 
    Mula ............... 8.00 pagi
    Tamat ............  9.45 pagi
    Jarak ............... 42 km
    Cuaca .............. Panas
    Laluan ............. Lencongan Timur
   Odometer 2013 : 03847

Tiada ulasan:

Catat Ulasan