Halaman

Rabu, 2 Oktober 2013

Sprint ...

Ehm .... tiga hari hujan turun pada awal pagi hingga lewat pagi. Tidak dapat melakukan kayuhan walau beriya-iya ingin melakukan kayuhan. Bukan apa hanya setakat melonggarkan otot otot dan menghilangkan rasa letih dan sengal sengal badan.
Selesai membayar bil telekom dan Astro aku tidak ada apa rancangan. Sekarang bayaran bil agak senang dan cepat menggunakan CDM (cash deposit machine). Tidak perlu mengambil nombor giliran dan menunggu dipanggil.
Aku called SK Juan untuk bersembang kosong menghabiskan masa. Boleh sembang pasal rancangan berkayuh ke Hatyai pada Ahad 06 Okt nanti. Bukanlah berkayuh dari Sungai  Petani tetapi kami akan menaiki kenderaan ke Bukit Kayu Hitam dan kemudian berbasikal masuk ke Thailand. 
Hairan  juga kerana SK Juan baru pulang dari membuat kayuhan sebentar tadi. Huhh .. antara hujan sempat juga dia berkayuh. Dapat buat 30 km hari ini katanya. Kalau tidak kayuh tidak tahu apa hendak buat dirumah. Basah sedikit tidak mengapa. Dia membawa touring bike, sebagai latihan dan persediaan untuk ke Hatyai nanti.
Pada rancangan awal, hanya kami bertiga akan pergi, kemudian seorang kawan Ah Sian berminat untuk turut serta tetapi menarik diri beberapa hari kemudian kerana masalah 'border pass'. Kad pengenalannya rosak dan permohonan untuk border pass tidak diluluskan oleh pihak imegresen.
Kami akan bertolak awal kerana jangkaan ramai rakyat Malaysia akan memasuki sempadan kerana cuti hujung minggu terutama dari negeri sebelah selatan.
Petang tadi walau langit kelihatan gelap, aku keluar menggunakan basikal touring, sebagai pemanas badan. Aku mengikuti laluan lencongan barat ke arah selatan dengan sambil lewa, tidak melebihi 20 km/j. Ambil angin sambil menikmati pemandangan aktiviti di kiri kanan laluan tersebut. Tiba tiba aku dipotong oleh seorang cyclist mtb tanpa memberi 'tabik hormat'. Apa lagi aku ikut rentak kayuhannya dan beberapa minit kemudian mendahului dan meninggalkannya.
Disini aku mendapat idea .... apa kata kalau aku membuat kayuhan pendek tetapi laju. Aku terus ke persimpangan Gaint dan membuat U turn. Aku membuat beberapa zon pecutan lebih kurang 1 km setiap pecutan. Agak meletihkan dan menyakitkan otot betis dan peha tetapi latihan yang agak menyeronokkan. Harap dapat mengulangi lagi kayuhan seperti ini.

Statistik : 
    Mula ............... 5.50 petang
    Tamat ............  6.30 petang
    Jarak ............... 18 km
    Cuaca .............. Redup
    Laluan ............. Lencongan Barat
   Odometer 2013 : 03681

Tiada ulasan:

Catat Ulasan