Halaman

Rabu, 11 Mei 2011

Bukit lagi

Dua hari lalu aku membuat pendakian Gunung Jerai menggunakan basikal. Hari berikutnya membuat kayuhan santai disebelah petang sambil meninjau aktiviti petang si Sungai Jagong. Terdapat tiga kolam memancing yang dipenuhi oleh pengunjung mencuba nasib mengail ikan. Jarak kayuhan hanya 15km tetapi sudah mencukupi untuk kesihatan badan. Pagi ini membuat pendakian di Bukit Taman Semarak berjalan kaki.
Teringat beberapa rakan yang membuat kayuhan di bukit ini menggunakan mountain bikes. Mereka membuat pendakian melalui arah Pekan Tikam Batu berhampiran Taman Jenaris. Teringin juga aku mengintai laluan tersebut. Manalah tahu kalau aku boleh membuat pendakian.
Pendakian bukit pagi ini mencatatkan rekod masa terpantas. Hanya 35 naik dan turun. Bukan aku tiba tiba jadi superman atau superhero tetapi aku membuat pendakian pintas berbanding dengan jalan biasa. Laluan tersebut tidak popular kerana amat curam dan menegak lebih dari 45 darjah. Pada permulaan pendakian, kumpulan HHH telah menyediakan tali untuk berpegang dan membantu pendakian. Walaupun cuma 2 meter tetapi kecuraman melebihi 75 darjah.
Ini kali kedua aku mengikuti laluan ini. Kali ini ia tidaklah seteruk kali pertama dahulu. Aku berjaya sampai keatas tanpa banyak berhenti. Caranya ialah meneruskan pendakian perlahan lahan. Pada kali pertama dahulu aku merasa gayat apabila memandang kebawah dan apabila tidak berdaya aku terasa bagaikan mahu turun semula. Kali ini tiada perasaan tersebut.
Dari segi sains laluan manapun yang diikuti untuk sampai ke tempat yang sama, energy atau tenaga yang dugunakan adalah sama sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan