Halaman

Jumaat, 20 Mei 2011

LTLB 10/2011

Ada banyak perkara yang perlu diselesaikan  pagi ini. Terpaksa mencuri sedikit masa untuk berkayuh kerana sudah tiga hari tidak berkayuh. Kali terakhir pada Isnin lepas.
Beg tangan anak perempuan aku kena ragut pada awal minggu ini semasa dia membeli barang di pasar malam tidak jauh dari rumahnya di Kangar, Perlis. Dia tidak perasan beg duit hilang sehinggalah dia mahu membuat pembayaran barang yang dibeli. Nasib baik ada kawan bersama. Wang tidak seberapa tetapi dokumen lain termasuk kad pengenalan, kad bank dan lesen memandu semua hilang.
Dia membuat lapuran di balai polis hanya diberitahu ia tidak perlu. Sememangnya untuk membuat kad pengenalan baru perlu membayar RM120.00 tetapi dapat diskaun 50% kerana masih menuntut. Untuk lesen memandu perlu membayar RM20.00. Jika ada lapuran polis bayaran untuk membuat kad pengenalan boleh dikurangkan lagi dan percuma untuk lesen memandu. Persoalan kenapa pihak polis tidak mahu mengambil report pengadu tentang kes kes seperti itu. Walaupun kemungkinan untuk mendapatkan atau menyelesaikan kes amat tipis tetapi sekurang kurangnya boleh menambah statistik kejadian jenayah ragut di kawasan tersebut.
Sesuatu yang aku puji ialah tentang kecekapan berurusan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ Seberang Jaya Pulau Pinang. Kami pergi JPJ tersebut kerana pejabat JPJ di Sungai Petani tutup cuti hujung minggu pada hari Jumaat. Dikaunter, kami diberi  borang untuk menggantikan lesen. Sebaik sahaja kami habis borang dan mengemukakan dokumen yang diperlukan, diberi nombor giliran. Kami menjangkan akan mengambil masa agak lama kerana terdapat ramai orang ketika itu. Tidak sampai satu minit nombor tersebut dipanggil.
Urusan menggantikan lesen tersebut tidak sampai dua minit dan kami meninggalkan pejabat JPJ setelah hanya berada disana kurang dari 5 minit. Bayangkan jika berurusan ditempat lain. Walau apa pun tahniah diucapkan dan diharapkan pejabat lain mencontohinya.
Urusan di bank menggantikan kad ATM juga agak cepat berbanding dengan dahulu. Ini kerana banyak bank kini mempunyai kaunter bahagian lain untuk mengendalikan urusan sepertinya. Kad gantikan dapat dibuat kurang dari 10 minit dari mula mendapat nombor giliran.
Tiada apa yang special pada kayuhan ini. Terdapat ramai juga riders melalaui jalan pada pagi ini tetapi kebanyakkan pada arah bertentangan. Aku mungkin tidak dapat membuat kayuhan sehingga hari Selasa depan kerana ada komitment lain.

Statistik
  Mula .............. 7.30 pagi
  Tamat ............ 8.45 pagi
  Jarak ............. 32 km
  Cuaca ............ Redup
  Laluan ........... Jalan lencongan timur - lencongan barat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan