Halaman

Jumaat, 13 Mei 2011

Kayuhan Friday 13th Mei, ..... Padang Serai

Sebaik sahaja memulakan kayuhan dan memasuki jalan lencongan barat, aku bertembung dengan William dalam perjalanan pulang. Dia berkayuh bersendirian, keluar seawal 6.30 pagi untuk satu jam dan akan memulakan perniagaan pada jam 9.00 pagi. Dia mempunyai kedai Service Air Cond kereta di Jalan Kampung Baru Sungai Petani bersebelahan lampu isyarat memasuki Taman Intan.
Sempat kayuh bersama sejauh 3 km sebelum William membelok ke kiri untuk pulang kerumah. Pada jarak tersebut dia berkayuh pada kelajuan tidak kurang dari 30km/j. Mencungap aku bersaingan dengannya kerana aku baru sahaja memulakan kayuhan. Belum dapat rythm lagi. Sempat dia bertanya samada aku ada rancangan kayuhan pada hari Ahad nanti. Besar kemungkinan aku tidak akan membuat kayuhan kerana ada mesyuarat bersama 'Pertubuhan Peladang Kawasan, PPK' pada sebelah pagi dan mesyuarat 'panel penasihat klinik kesihatan' pada sebelah petang.
Bila ditanya kemana arah kayuhan pagi ini, aku menyatakan hanya akan mengikuti by-pass iaitu lencongan barat dan lencongan timur walaupun rancangan sebenar ialah untuk ke Padang Serai melalui Sidam Kiri. Aku tidak mahu dia ikut serta dan menganggu rancangan untuk menziarahi seorang rakan di Taman Serai Indah, Padang Serai. Juga aku tidak mahu bersaing dengannya kelajuan kayuhannya.
Hari ini, Jumaat 13 Mei adalah tarikh yang agak berlainan dari tarikh biasa. Di negara barat terutama di Amerika Syarikat 'Friday 13th' adalah tarikh yang malang atau sial. Ramai warga Amerika percaya hari tersebut akan mengakibatkan nasib malang dan kebanyakkan mereka tidak keluar rumah untuk mengelakkan perkara buruk berlaku. Kesan perubahan sikap manusia pada setiap 'Friday the 13th' ialah kerugiaan pada ekonomi yang dianggarkan hampir 900 juta terutama keengganan menggunakan kapalterbang dan berhenti dari melakukan aktiviti biasa. Orang barat juga percaya bahawa nombor 13 adalah nombor yang membawa nasib malang.
Di Malaysia, 13 Mei 1969 adalah tarikh hitam yang penuh tragedi. Rusuhan kaum yang berlaku di Kuala Lumpur dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Peristiwa ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan Pilihan Raya Umum 1969.  Setelah lebih dari 40 tahun berlalu ia menjadi sejarah silam negara untuk dipelajari dan diingati oleh rakyat majmuk negara ini. Pastikan ianya tidak berulang demi kesejahteraan semua.
Berita kontravesi dan sensasi yang tidak disahkan seperti yang dilapurkan didalam akhbar baru ini dimana terdapat usaha menjadi Kristian agama rasmi perlu dihentikan.
Tiada masalah untuk meneruskan kayuhan basikal walau apa pun tarikh atau hari......

Statistik
   Mula .............. 7.35 pagi
   Tamat ............ 10.00 pagi
   Jarak ............. 60 km
   Cuaca ........... Nyaman
   Laluan .......... Bandar Puteri Jaya - Jalan Kuala Ketil - Sidam Kiri - Padang Serai
                            - Pinang Tunggal

Tiada ulasan:

Catat Ulasan