Halaman

Jumaat, 6 Mei 2011

Kayuhan sambungan .................

Memikirkan esok dan lusa agak sibuk dengan aktiviti bermakna dua hari hujung minggu ini tidak boleh membuat kayuhan. Hari ini kena juga keluar untuk tidak melemahkan semangat dan tidak mahu terlalu lama berehat tanpa membuat kayuhan. Cuaca agak biasa, walaupun cerah tetapi dijangkakan akan hujan pada lewat pagi. Aku merancang untuk berkayuh hanya selama satu setengah jam sahaja.
Aku masih lagi memikirkan kepada perbualan dengan kenalan baru semasa kayuhan hari sebelum. Sebaik sahaja kami duduk dimeja semasa berhenti minum salah seorang terus mengeluarkan rokok dan menyalakan api. Seorang lagi mencapai kotak rokok tersebut dan mengambil sebatang sambil mengulurkan kotak kepada aku. "Saya behenti 15 tahun lalu". Aku menggesa mereka berdua untuk cuba, opp .. bukan cuba tetapi untuk berhenti merokok.
Din menceritakan bagaimana dia menghabiskan dua bungkus rokok sehari iaitu 40 batang. Menurutnya dia menggunakan filter apabila menghisap rokok. Adakah filter tersebut betul-betul membantu mengurangkan kesan asap rokok. Peliknya semasa mengayuh basikal dia tidak membawa rokok tetapi jika ada member yang membawa rokok dia akan turut tumpang sekali.
Menurutnya lagi selalunya dia membeli rokok dua atau tiga cartoon. Alasan ialah malas untuk kerap berhenti mencari apabila kehabisan. Dia akan menyimpan rokok tersebut didalam kereta. Kalau benar bayangkan mengeluarkan RM300.00 setiap kali membeli rokok. Bilangan tersebut hanya bertahan selama 15 hari atau kurang. Bermakna dia membelanjakan sekurang-kurangnya RM600.00 sebulan untuk rokok, ini tidak termasuk filter dan lain lain.
Peliknya semua perokok tahu keburukkan dan kesan merokok tetapi tidak sanggup mengambil langkah untuk berhenti. Kedua rakan sekayuhan aku hari ini sempat lagi membuat perbandingan brand rokok yang mereka hisap. Brand mana yang lebih enak. Juga membandingkan rasa rokok di Malaysia dengan rokok yang dijual dinegara lain. Tidak kurang empat atau lima kali aku mengajak mereka meninggalkan tabiat tersebut tetapi yakin mereka tidak akan menghiraukan nasihat tersebut.
Aku sudah menjangkakan tetapi aku terpaksa bertanyakan soalan kepada Din untuk pengesahan. Adakah dia menghidap kencing manis. Beberapa bulan lepas bacaan gula dalam darahnya pernah melebihi 20 tetapi kini dalam terkawal kerana aktiviti berbasikal. Itu sebabnya dia tidak memesan apa-apa minuman dan hanya minum air yang dibawanya. Menurut Din dia mendapat diabetik akibat terlalu banyak meminum air tin terutama air yang kononnya memberi dan memulihkan tenaga. Dia kerap mengamalkan minuman tersebut ketika berulang alik memandu kereta menjalankan perniagaannya. Sekarang dia tidak lagi minum air jenis tersebut.
Air mengantikan eletrolite dalam badan hanya untuk orang orang yang bersukan sahaja. Walaupun kandungan gula didalam air tersebut adalah rendah tetapi jika diamalkan ia boleh merosakkan organ dalaman badan manusia terutama buah pinggang.
Well banyak yang aku pelajari ketika berbual dengan orang yang sebelum ini tidak dikenali. Setiap orang mempunyai pengalaman dan pengetahuan sendiri yang boleh dikongsi bersama. Walau aku tahu tentang fakta fakta tersebut atau senang untuk membuat rujukan melalui internet, ianya berbeza dengan perbualan first hand. Mendengar sendiri dari orang yang telah mengalaminya.
Koteow Ee di Bandar Puteri Jaya, aku berjanji akan mencubanya. Tentu hebat. Sekali lagi tidak boleh berlebihan mengambil makanan berminyak.
..................... Kayuh untuk kesihatan ..

Statistik :
   Mula .............. 7.30 pagi
   Tamat ............ 8.55 pagi
   Jarak .............. 34 km
   Cuaca ............ Redup
   Laluan ........... Semeling - Merbok
   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan