Halaman

Ahad, 1 Mei 2011

Lata Bukit Hijau


"SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA".
Pekerja Merealisasi Transformasi Negara

Hari ini seluruh dunia cuti menyambut hari buruh atau hari pekerja. Negeri kedah yang cuti hujung minggu jatuh pada Jumaat dan Sabtu akan mendapat cuti hujung minggu yang panjang selama tiga hari. Yang paling seronok kanak sekolah, tidak tahulah anak orang lain tetapi anak aku gerenti menghabiskan masa cuti panjang didepan komputernya. Hinggakan nak tinggalkan sekejap pun begitu susah.
Hari ini banyak aktiviti berbasikal dianjurkan. Disebelah utara ada 'Kulim International MTB Jamboree 2011' yang akan bermula ditempat biasa iaitu KTPC Business Centre II, Kulim Hi Tech Park, Kulim. Kayuhan akan bermula pada jam 07.45 pagi sejauh 50km melalui jalan raya dan jalan berbukit. Melihat gambar gambar didalam halaman blog mereka, boleh tahan juga trek yang disediakan. Ramai rakan rakan aku yang turut serta dalam jamboree ini dan mereka mengajak aku ikut serta. Dah lama dah berhenti. Kalau tidak silap aku jamboree ini di adakan setiap tahun.
Ada juga group lebih kurang 30 orang dari Sungai Petani membuat kayuhan ke Bukit Kayu Hitam sejauh 330km pergi balik. Nanti dulu ..... mereka bermalam di Bukit Kayu Hitam. Kayuhan Le Tour de Langkawi pun hanya setakat maksima 180km sehari. Mengikut rancangan mereka bertolak pada 30 April dan akan balik pada 01 Mei 2011. Ini semua geng hardcore .. roadbikers. Beberapa kali aku menerima tawaran ikut serta... aku kata pass je untuk kali ini.
Aku dan SK Juan merancang untuk berkayuh ke Lata Bukit Hijau di Baling melalui Kuala Ketil dan membelok ke Malau. Kali terakhir aku membuat kayuhan jauh adalah pada Ahad lepas pada kayuhan ke Alor Setar. Selepas kayuhan tersebut aku tidak berpeluang untuk membuat kayuhan. Agak sibuk disepanjang minggu kerana menghadiri kursus selama tiga hari bermula hari Isnin. Aku hanya dapat membuat kayuhan pendek dua tiga petang waktu cuaca mengizinkan. Kalau diikutkan terlalu kerap membuat kayuhan jauh tetapi disebabkan cuti umum, peluang sebegini tidak boleh dilepaskan.

Kami berkumpul tempat rendevous biasa iaitu di Dataran Zero Sungai Petani. Sekurang kurang nya ada juga kumpulan menggunakan tempat ini setiap minggu dan tidak lah ia menjadi gajah putih yang hanya diguanakan dua atau tiga kali setahun iaitu pada sambutan hari kebangsaan, sambutan tahun baru atau apa acara besar.
Tidak pasti pula berapa orang yang akan menyertai kayuhan ini. Yang pasti muka muka roadbikers Sg Petani yang tidak mengikuti kayuhan ke Bukit Kayu Hitam akan berada disana. Terutama geng yang biasa kayuh dengan aku. Rancangan awal kami hanya tiga empat orang shaja tetapi ia menjadi kumpulan yang agak besar.
Kayuhan dimulakan lewat 10 minit dari masa yang ditetapkan kerana menunggu jika ada yang datang lewat dan ingin ikut serta. Agaknya terlalu banyak aktiviti yang dianjurkan hanya 5 orang sahaja yang menyertai kayuhan ini. Bagi  aku bilangan ini agak ideal. Semuanya berjalan lancar sehingga kami sampai ke lata Bukit Hijau yang mengambil masa hampir dua jam. Bagi otai otai basikal, jalan ke lata tidak mendatangkan apa apa masalah tetapi terdapat beberapa pendakian bukit yang perlu di lepasi.
Lebih  kurang 1km ke destinasi, kedengaran bunyi siamang bersahut sahutan dari hutan Gunung Inas seolah olah menyambut kedatang kami. Memang sudah lama tidak mendengar laungan tersebut. Disamping itu siulan pelbagai jenis burung turut kedengaran menandakan kawasan tersebut begitu hampir dengan hutan belantara.
Memang banyak perubahan pada tempat tersebut berbanding dengan kali terakhir aku datang lebih sepuluh  tahun yang lalu. Pelbagai kemudahan disediakan termasuk gerai makanan, persalinan, kedai dan gerai menjual keperluan untuk mandi manda. Tempat perkelahan dijaga dari segi kebersihan dan keselesaan pengunjung. Tempat pertama kami cari ialah kedai makan kerana perut betul rasa kosong setelah dua jam berkayuh. Kami disambut oleh beberapa orang rider dari Sungai Petani yang sampai dahulu.
Kami menghabiskan lebih kurang 45 minit sebelum berkayuh pulang. Sementara menunggu riders yang lain pergi ketandas, aku berbual dengan budak budak mengutip bayaran tempat letak kereta.  Kelmarin seorang pengunjung mati lemas ketika mandi di salah satu air terjun di kawasan ini. Arwah telah dinasihatkan supaya tidak mandi dikawasan tersebut tetapi dia berdegil.



Statistik :
   Mula .............. 7.40 pagi
   Tamat ............ 12.50 tengah hari
   Jarak .............. 94 km
   Cuaca ............ Panas
   Laluan ........... Kuala Ketil - Malau - Bukit Hijau
    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan