Halaman

Sabtu, 28 Mei 2011

Tanjung Jaga

Pada awalnya aku bercadang untuk ke muzium arkeologi melepaskan gian kayuhan menggunakan mountain bikes. Sudah agak lama aku tidak menggunakan Scott hinggakan tayar depan dan belakang 2.1 telah merekah walaupun 'bunganya' masih elok, mahu tidak mahu terpaksa digantikan dengan tayar lain. Ada satu set tayar bersaiz 26 x 1,25 dalam simpanan, tetapi ini tidak boleh digunakan untuk off-road. Dijalan raya biasa ia lebih ringan dan lebih laju.
Hari ini aku bercadang untuk memendekkan kayuhan dan kena pulang awal. Biasa lah. Cuti sekolah sessi kedua telah bermula pada 27hb Mei 2011 (untuk Negeri Kedah). Ada lima jemputan kenduri kahwin untuk hari ini. Pening juga memikirkan. Mungkin terpaksa membatalkan satu atau dua jemputan.
Sudah menjadi kelaziman untuk mengadakan kenduri pada musim cuti sekolah. Sekarang ada sedikit perubahan pada lokasi jamuan kenduri diadakan. Ada yang mengadakan jamuan di sekolah (kakitangan sekolah), ia lebih selesa kerana tempat yang redup berbumbung. Kantin sekolah boleh memuatkan ramai tetamu dan kawasan lapang membolehkan tetamu berinteraksi. Ada dua kenduri hari ini yang dibuat di dewan.
Yang aku ndak komen ialah kad jemputan kahwin masakini. Setiap tahun rekabentuk, design, saiz dan kandungan semakin canggih dan sophisticated. Dengan adanya software dan pencetak yang kian canggih, perubahan untuk kad jemputan kahwin semakin menjadi begitu mendadak. Seolah oleh setiap pelanggan berlumba lumba untuk mendapatkan kad yang paling istimewa dan cantik. Dengan itu harga yang perlu dibayar meningkat. Aku mendapat sekeping kad yang berbeza yang pernah aku terima. Bersaiz B5 tidak berlipat dan menggunakan kertas tebal tidak kurang 200 gram. Harganya ..... hampir RM3.00 sekeping.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, jamuan disediakan secara buffet kerana tiada lagi orang orang muda, saudara mara dan jiran yang mahu menjadi bentara. Ambil sendiri, makan sendiri dan simpan sendiri. Cenderahati pula menjai kemestian. Kalau dahulu hanya telur rebus dan dihias dengan bunga kertas, kini belbagai jenis termasuk gula gula, kuih muih, tuala kecil, mug atau cawan atau lain lain yang dibubuh di dalam beg kecil.
Ramai yang tidak tahu sebenarnya pemberian telur kepada tetamu yang hadir di majlis perkahwinan mempunyai significant penting kepada mempelai atau pasangan pengantin. Ia membawa pengertian kesuburan semoga pasangan memperolehi zuriat yang ramai. Anak anak menjadi pengikat kesejahteraan kepada pasangan. Kini orang tidak lagi pentingkan itu semuanya.


Sebaik sahaja memasuki jalan lencongan barat aku terasa betapa aku terlupa keseronokkan berkayuh menggunakan mountain bikes. Terus membuat keputusan untuk berkayuh ke Tanjung Jaga. Semasa pendakian tiga bukit di sana basikal aku mengalami masalah gear, ia tidak boleh diturunkan kepada gear rendah. Terpaksa aku membuat adjustment secara manual dan menaikkan dengan tangan.
Aku dapat mengagak punca kerosakkan. Cassette spocket paling kecil telah haus. SK Juan membuka spocket yang rosak dan menggantikan dengan part yang di cannibalise dari spocket lama yang ada dalam simpanan. Ia boleh dipasang dan nampak boleh digunakan. Apabila berkayuh ia mula menunjukkan ketidak serasiannya. Ia menyebabkan keseluruhan gear tidak berfungsi dengan lancar.
Bukannya cuba untuk menjimatkan perbelanjaan dengan  menggunakan bahagian terpakai, tetapi aku menghadapi masalah mendapatkan spocket 'Megarange Super-Low 14-34T', 7 speed screw. Kebanyakkan yang ada dipasaran sekarang 8 atau 9 speed. Kena ikut trend juga nampak gayanya. Bila tukar spocket kepada 8 speed nanti, shifter depan belakang, hub dan chain pun kena tukar.
Kenapa gear tersebut boleh cepat haus dari enam gear yang lain? Kerana aku lebih banyak menggunakan gear tersebut berbanding dengan gear lain. Selain dari penggunaan pada jalan landai atau rata, aku juga menggunakan untuk kayuhan mendaki bukit rendah yang mana aku sepatutnya menukar kepada gear rendah. Selain dari kelajuan maksima, aku cuba membuktikan bahawa aku mampu membuat pendakian bukit tanpa menggunakan gear rendah. Kesilapan yang mendatangkan masalah.
Kini aku tidak mahu lagi membuat kesilapan sebegitu.
Aku berkayuh pulang tanpa menukar gear.
   
Statistik
   Mula ................ 7.30 am
   Tamat .............. 10.00 am
   Jarak ................ 55 km
   Cuaca .............. Panas
   Laluan ............. Semeling - Merbok - Singkir - Tanjung Jaga

Tiada ulasan:

Catat Ulasan