Halaman

Isnin, 30 Mei 2011

Telok Amboi .... ...

Petang Jumaat 27 Mei, aku terima SMS menjemput ikut serta kayuhan ke Alor Setar pada pagi Ahad 29 hb Mei 2011. Kayuhan akan bermula pada jam 7.00 pagi dari Dataran Zero bersebelahan menara jam Sungai Petani. Tidak rasa kesal (no regrett) kerana tidak ikut serta kayuhan jarak jauh seperti ini. 
Kali terakhir aku ikut serta membuat kayuhan ke Alor Setar ialah pada 24 April lalu. Dua minggu lagi ada yang merancang untuk ke Alor Setar melalui Yan - Kuala Kedah.
Bukan tidak mahu ikut serta tetapi ada komitmen lain. Pertubuhan peladang kawasan dimana aku menjadi setiausaha menganjurkan khursus bersama Jabatan Pertanian Kuala Muda untuk ahli ahli serta warga kampung Seberang Tok Soh yang berminat dan terlibat dalam pertanian.
Khursus yang dianjurkan berkaitan dengan pembuatan baja IMO (Indigenous Micro Organism) dan pembuatan baja Natural Farming. Kedua dua jenis baja ini telah digunakan secara meluas dan berjaya didalan pertanian terutama di Korea dan beberapa negara Asia lain. Baja ini senang disediakan dan mempunyai banyak kelebihan. Selain murah, menggunakan bahan disekiling kita, tidak mempunyai bahan kimia, selamat, mesra alam ianya boleh disediakan dirumah. Tiada kilang diperlukan. Tiada peralatan khusus dan boleh disediakan bila bila masa.
SK Juan pula datang kerumah pada sebelah petang selepas aku pulang dari khursus tersebut. Seperti biasa kami sembang tentang basikal, tentang tempat kayuhan dan tentang kayuhan ke Alor Setar pada sebelah pagi Ahad. Dia pun tidak ikut serta pada kayuhan tersebut. Agaknya serik selepas pengalaman kayuhan dua minggu lepas dimana dia hampir pengsan dalam perjalanan pulang dari Kuala Kedah - Alor Setar kerana kepanasan dan dehydration.
Juan mengajak aku membuat kayuhan pagi ini tetapi aku tidak memberi apa jawapan kerana aku mempunyai rancangan kayuhan sendiri. Dia pula tidak begitu serius semasa mengajak. Mungkin dia tahu aku masih kecewa diatas sikapnya beberapa hari lepas semasa aku mohon kepakarannya untuk membaiki kerosakkan kecil pada roadbikes aku. Ianya tidak menjejaskan persahabatan kami.
Pantai Merdeka, satu satunya kawasan rekreasi dan tempat berkelah di sebelah utara. Tidak ramai pengunjung pagi ini walaupun cuti sekolah telah bermula. Mungkin pada sebelah tengah hari atau sebelah petang nanti pengunjung akan mula datang. Pantai Merdeka tidak lagi menjadi tempat perkelahan yang dikunjungi ramai untuk mandi manda. Terdapat banyak obor-obor didalam laut kawasan tersebut dan beberapa kanak kanak telah mengalami kecederaan kerana tersentuh dengan obor-obor tersebut.
Terdapat sekumpulan pengakap dari negeri jiran, Perlis mengadakan perkhemahan di hujung pantai. Merka mngadakan aktiviti pengakap. Tidak lebih dari dua atau tiga keluarga berjalan di tepi pantai, mungkin mereka menginap di resort Pantai Merdeka.
Terdapat banyak khemah-khemah penjaja didirikan di jalan sebagai tambahan kepada gerai dan kedai sedia ada. Ekspo Sinar Usahawan sedang berlansung bermula dari 27 Mei hingga 12 Jun 2011. Sudah menjadi satu kebiasaan untuk pihak pihak tertentu menganjurkan ekspo perdagangan di lokasi dimana terdapat ramai pengunjung dan pelawat yang bercuti. Ia memberi peluang kepada peniaga untuk mencari rezeki. Persoalannya terdapat begitu banyak ekspo yang dianjurkan di merata tempat, sudah terlalu dikormesialkan, siapa sebenar yang untung.
Sebaik menuruni bukit dalam perjalanan pulang, aku membelok ke kanan untuk menjelajahi Desa Keda Tukang Jusoh. Jalan yang dilalui membawa aku ke Telok Nipah dan Telok Amboi. Aku menyusuri kawasan pertanian Telok Amboi dan hampir mengutip beberapa biji buah kuinin yang bertaburan di tepi jalan. Bila aku fikirkan ada orang yang punya, tidak jadi mengambil buah tersebut. Terliur juga menghidu bau buah yang harum dan wangi. Kalau ada dijual dihadapan sana, memang aku membelinya. Aku berusaha mengelakkan dari melanggar buah-buah tersebut.
Telok Amboi adalah satu satu kawasan pertanian disini. Penduduk kampung ini banyak mendapat bantuan teknikal dari pelbagai agensi kerajaan.  Ia termasuk bantuan bajak, benih, baja dan racun. Apa yang penduduk perlu buat ialah menanam dan menjaga tanaman mereka.
Pelbagai jenis tanaman terdapat di kawasan ini, dari dusun buah-buahan kepada tanaman kelapa, kelapa sawit, getah, sayur kontan dan lain lain. Ia meningkatkan taraf ekonomi penduduk disini yang selama ini kebanyakkan bekerja sebagai nelayan.
Aku pulang menyusuri pantai melalui jalan Pulau Sayak - Kota Kuala Muda. Jalan ini lebih jauh dari jalan utama. Disebelah kiri sawah padi yang baru ditanam manakal sebelah kanan pula kawasan pantai. Beberapa kilometer sebelum sampai ke Pekan Kuala Muda, jalan banyak yang rosak disebabkan dilalui lori yang lebih muatan. Ini amat menyukarkan dengan jenis dan tayar roadbikes dan ketiadaan absorbers untuk menyerap hentakkan dan gegaran melanggar batu bersaiz 20 mm. Kayuh perlahan lahan dan cuba seberapa boleh mengelakkan batu batu.
Hari ini pekan Kota Kuala Muda agak sibuk dan sesak kerana pasar minggu yang diadakan ditengah pekan. Aku ingin untuk meninjau dan berjalan jalan di pasar minggu tersebut tetapi ada masalah dimana hendak diletakkan roadbikes. Kunci pun tiada. Ah.. lain kali.

Statitik
   Mula .............. 7.30 pagi
   Tamat ............ 11.00 pagi
   Jarak .............  69.9 (70) km
   Cuaca ............ tidak berapa panas
   Laluan ........... Tikam Batu - Pantai Merdeka
     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan