Halaman

Selasa, 24 Mei 2011

Roadbike rosak

Terkejut aku mendengar bunyi seolah olah satu letupan micro dari belakang roadbikes. Basikal terasa berat. Aku perhatikan  tayar belakang berpusing tidak seimbang. Masa aku baru sahaja memasuk jalan Lencongan Barat. Aku bercadang untuk membuat kayuhan ke Yan melalui Singkir dan Tanjung Jaga.
Aku turun untuk memeriksa dan mendapati salah satu jejari patah. Ini menyebabkan pusingan tayar menjadi tidak seimbang dan bergesel pada brake belakang. Tiada apa yang dapt dilakukan melainkan berpatah balik. Aku mengayuh perlahan lahan. Sesampai dirumah aku membuka wheel belakang untuk dibawa ke kedai basikal apabila dibuka pada jam 9.00 nanti.
Kebetulan SK Juan berada di kedai basikal semasa aku sampai. Dia baru sahaja menghabiskan kayuhan pagi. Dia memberitahu bahawa agak sukar untuk mendapatkan jejari 'stainless steel' untuk wheel 700. Mengikut SK Juan spoke tersebut berukuran 295mm. Telah banyak tempat dia bertanyakan tetapi kebanyakkan kedai basikal tidak menyimpan.
Aku bernasib baik kerana tauke kedai Soon Lee Taman Intan berjanji untuk menolong menggantikan tetapi tidak pasti dapat gantian yang sama. Asalkan boleh guna tidak kisah lah lain material atau warna. Dia hanya caj RM3.00 untuk satu batang spoke. Tidak sabar untuk dipasang semula dan aku berharap dapat membuat kayuhan esok pagi.
Apabila siap dipasang dan membuat sedikit servicing aku mencuba basikal tersebut. Amat menghampakan kerana terdapat bunyi yang amat tidak menyenangkan. Aku agakkan dari bahagian 'buyong' atau hub. Untuk kepastian aku membawa basikal ke kedai basikal. Jawapan kedai basikal juga tidak memuaskan dan aku kenda dapatkan khidmat SK Juan untuk diagnos kerosakkan atau bunyi.
Nampaknya esok aku akan berjogging di Bukit Taman Semarak.
  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan