Halaman

Sabtu, 14 Mei 2011

Penaga

Cuaca hari ini agak sederhana. Aku merancang untuk berkayuh ke Pantai Merdeka walaupun hati berat untuk ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang. 
Mengikut ramalan cuaca di dalam Yahoo suhu hari ini tidak melebihi 88 darjah Ferenheit. Susah nak bayangkan berapa panas kerana sudah baisa dengan Celsius. Ok nasib baik handphone ada converter. Masukkan angka 88 dan terus dapat jawapan iaitu 31 darjah Celcius. Tidak berapa hangat seperti minggu lepas dimana suhu menjangkau melebihi 40 darjah pada tengah hari.
Pada Sabtu minggu lepas, kawan aku SK Juan hampir pengsan kerana terlalu panas semasa kayuhan pulang dari Alor Setar. Aku tidak ikut serta pada kayuhan tersebut kerana terlibat dengan Mini karnival anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia SKM yang diadakan di Pekan Semeling. Mereka bertiga membuat kayuhan ke Alor Setar melalui Yan - Sungai Limau dan Kuala Kedah. Walau sampai awal di Alor Setar mereka singgah melawat kedai basikal di sekitar Alor Setar dan berjumpa seorang kawan yang ingin menjual roadbikes dengan harga 30% dari harga belian. Roadbikes dibeli tiga tahun lalu dengan harga hampir RM27K.
Mereka bertolak pulang pada jam 1.00 petang dan ketika itu cuaca panas melampau. Walaupun SK Juan terkenal dengan daya ketahanan berkayuh tetapi tewas akibat cuaca yang panas. Semasa berhenti rehat kepalanya berpinar dan kesemuanya menjadi gelap. Nasib baik kawan membantu. Aku memberi pandangan sepatutnya mereka tidak meneruskan kayuhan pulang sebaliknya menunggu sehingga suhu menurun dahulu. Satu pengajaran penting.
Perubahan cuaca kini amatlah drastik. Isteri aku bertanya adakah kepanasan melampau ini akibat apa yang berlaku di negara kita sekarang. Adakah ia kesan sumpah laknat yang dilakukan berkaitan dengan video sex ketua pembangkang.
Satu lagi kemungkinan adalah akibat atau kesan phenomena typhoon 'Aere' yang melanda Filipina pada 09 Mei 2011 mengakibatkan banjir di bahagian timur dan mengorbankan hampir 10 nyawa.
Seorang rakan lain pula membuat penerangan dari sudut agama. Mengikutnya terdapat hadith sahih yang mengatakan cuaca panas akibat kepanasan api neraka yang lepas keluar ke bumi setahun sekali. Ntah ... aku tidak berapa arif pasal hadith.
Setelah beberapa hari mengalami cuaca panas melampau, minggu ini hujan kembali semula dan menjadikan suhu pada keadaan biasa. Kalau dilihat ramalan cuaca dalam gambar di atas, hujan dijangka turun sepanjang minggu. Sebaliknya pula kawasan tengah negara terutama di Lembah Kelang di landa jerubu sehingga kualiti udara merbahayakan kesihatan. Tidak sahih punca jerubu tersebut.
Ramai yang berada di jalan raya hari ini tetapi semua dari arah bertentangan. Aku hanya mengangkat tangan kepada mereka semua. Setelah hampir satu jam berkayuh aku berhenti untuk menghilangkan dahaga. Alangkah kecewa kerana air mineral yang aku bawa telah terjatuh. Bila dan dimana aku tidak perasaan. Botol air mineral bersaiz 500 ml agak kecil dan longgar apabila diletakkan ditempat air. Aku kena bawa botol plastik biasa bila berkayuh lain kali.

Statistik
   Mula ............... 7.30 pagi
   Tamat .............. 10.00 pagi
   Jarak ................ 53 km
   Cuaca .............. tidak panas
   Laluan ............. Tikam Batu - Kepala Batas - Pematang Sintok - Penaga - Kota
                                Kuala Muda

Tiada ulasan:

Catat Ulasan