Memang sengaja nak cari pasal. Langit dipenuhi awan gelap dan mengikut trend beberapa hari lalu kemungkinan hujan akan turun amatlah besar. Gelombang ketiga banjir telah tiba. Kali ini diikuti dengan amaran bahawa akan berlaku ribut dikawasan pantai timur semenanjung.
Empat puluh minit berkayuh, rintik rintik hujan mulai terasa. Ketika itu aku hampir 20 km jauhnya dari rumah menghala ke Pantai Merdeka. Dimana tempat bertedoh bila kita memerlukan. Selalunya banyak gerai gerai kosong yang boleh digunakan ketika hujan turun begini. Terpaksa berkayuh hampir satu kilometer baru berjumpa sebuah gerai yang sesuai untuk berteduh.
Pada usia sebegini aku terpaksa mencari tempat berteduh walaupun hujan tidak begitu lebat. Mungkin hanya setakat membasahi bahagian depan seluar dan baju. Berbeza dengan waktu muda muda dahulu. Kini jika terkena hujan begini akan membuatkan aku mendapat demam selsema. Apa tidaknya, badan panas selepas kayuhan dan tiba tiba disimbahi air hujan sejuk.
Walau sempat berteduh aku mendapat demam selsema selama tiga empat hari .......
Statistik :
Mula ................ 8.10 pagi
Tamat .............. 10.30 pagi
Jarak ............... 48 km
Cuaca .............. Redup, Gerimis
Laluan ............. Simpor - Tikam Batu - Kuala Muda - Pematang Bendahari
Odometer 2013 : 00138
Tiada ulasan:
Catat Ulasan