Tidak perasan pun hari ini 'April Fool'. Jadi kalau begitu, kayuhan pagi ini bolehlah dipanggil kayuhan april fool. Bila sedar dari tidur, aku merasa lega kerana tiada petunjuk hujan akan turun walaupun pada mulanya aku melihat langit dipenuhi dengan awan hitam. Memang agak kemaruk sedikit kerana sudah 8 hari tidak membuat kayuhan.
Sebaik hari mulai cerah aku keluar dengan rb menuju ke lencongan barat. Sebelum tidur aku telah membuat rancangan untuk ke Yan dan pulang melalui Guar Cempedak dan Gurun. Dapat membuat 70 km hari sudah cukup rasanya.
Aku mengubah fikiran sebaik sahaja menamatkan pendakian bukit Tanjung Jaga. Walau telah banyak kali melalui route ini aku belum pernah mengikuti laluan ke Kuala Kedah melalui Sungai Limau. Walaupun jalan memang flat, aku sengaja mengelakkan kerana tiupan angin selalu amat kencang disepanjang jalan sehingga ke Kuala Kedah. Aku tidak berniat untuk ke Kuala Kedah walaupun hanya sekitar 60 km dari Sungai Petani kerana ada komitmen pada sebelah petang nanti.
2 km sebelum Pekan Yan Kecil seorang rider menegur dari belakang. Dia berkayuh dari Semeling untuk ke Guar dan Gurun. Nampak fit dan punyai basikal yang above entry level. Aku ingatkan dia ingin terus mengayuh laju selepas menegur tetapi mengajak aku berkayuh bersama dengan kelajuan hampir 30 km/j. Aku layan saja kerana aku tahu aku akan membelok ke kiri apabila sampai di persimpangan lampu isyarat Pekan Yan Kecil.
Sebaik memasuki jalan Dulang Kecil, deruan angin laut menyambut kayuhan. Terpaksa menggunakan tenaga yang lebih untuk meneruskan perjalanan. Jalan baru diturap dan seperti biasa tidak banyak kenderaan melalui jalan ini. Ruang untuk motorsikal/basikal juga agak baik. Sesekali kayuhan aku diganggu oleh motorsikal yang datang dari arah bertentangan menggunakan hala jalan aku. Naik angin juga. Aku sengaja membuat kayuhan dengan tunduk kebawah dan seolah olah tidak melihat mereka. Aku hanya mengelak apabila hampir dengan mereka. Selalunya mereka akan masuk ke kawasan rumput bahu jalan.
Kebanyakkan bendang baru selesai dibajak dan menunggu untuk menabur benih. Musim membajak bendang pada akhir bulan Mac dan September. Kelihatan petani berada didalam bendang untuk membetulkan aliran air atau batas batas. Suatu pemandangan yang menarik perhatian aku ialah melihat puluhan burung mengikuti belakang sebuah traktor yang sedang membajak sawah. Burung tersebut mencari anak anak ikan atau katak di kawasan yang baru dibajak. Ianya agak jauh ketengah dan aku tidak dapat mengambil gambar.
Ada pasar minggu dilaluan sebelum sampai di Pekan Sungai Limau. Aku memperlahankan kayuhan dan melihat jualan dipasar tersebut. Kira besar juga dan ramai peniaga mencari rezeki di pasar minggu ini. Aku membeli beberapa jenis kuih tradisi kegemaran dan berkayuh mencari tempat sesuai untuk menikmati kuih tersebut.
Aku duduk ditepi bendang menghadapi Selat Melaka. Tidak nampak laut dari tempat aku berehat tetapi Pulau Bidan jelas kelihatan dihadapan aku. Di celah-celah pokok kelihatan struktur jambatan yang dibina menghubungkan ke Pulau Bidan. Sehingga kini jambatan tersebut tidak dibuka untuk laluan awam. Ah... seronok menikmati makanan dan minuman di tepi bendang. Teringat masa aku dikampung masa kecil kecil dahulu. Berhenti lebih dari masa sepatutnya dan bergegas untuk berkayuh pulang.
Suatu perkara tentang kayuhan pagi ini, aku dapati masih banyak tempat yang masih aku terokai dilaluan ini. Dimasa akan datang aku akan habiskan lebih banyakj masa disini mengikuti laluan kecil di tepi bendang, kampung dan tepi laut.

Statistik :
Mula ............. 7.15 pagi
Tamat ............ 12.00 tengah hari
Jarak ............. 89 km
Cuaca ............ panas
Laluan ........... Merbok - Yan - Sungai Limau
Odometer 2012 : 01580
Tiada ulasan:
Catat Ulasan