Semasa aku mula melakukan aktiviti kayuhan hampir 10 tahun lalu, pernah seorang kawan menyatakan berbasikal terlalu lama boleh menjejaskan kesuburan kaum lelaki. Dia mendapat maklumat tersebut dari majalah perubatan. Mengikut kawan tersebut bilangan sperma atau 'sperm count' akan berkurangan dan akan menjejaskan peluang mendapat anak.
Aku katakan kepadanya aku sudah tutup kilang. Jadi kalau betul apa yang dinyatakan itu tidak akan menjejaskan aku. Kalau umur sudah mencecah lebih 56 tahun ada anak kecil, susah juga. Ramai yang akan beranggapan bela anak cucu.
Kelmarin disiarkan lapuran kajian kesan berbasikal mengatakan penemuan baru bahawa kaum wanita juga berisiko jika berkayuh lebih 16 km seminggu. Berbeza dengan kesan pada kaum lelaki, kaum wanita akan kehilangan nafsu seks kerana tekanan pada tubuh semasa membongkok mengayuh basikal.
Kita biarkan kaum hawa sendiri membuat rumusan. Mungkin fakta yang dialu alukan dan dinanti nantikan oleh kaum lelaki. Ada can tambah lagi satu ......
Hampir empat jam setengah berkayuh tanpa merasa sinaran dan panas matahari. Cuaca mendong sepanjang hari dan aku bernasib baik kerana dalam perjalanan pulang, rintik rintik hujan mula jatuk ke muka dan kepala. Sedikit sahaja, tidak cukup untuk membasahi muka dan juga tidak perlu mencari tempat berteduh. Aku meneruskan kayuhan dan bagai yang aku jangkakan rinntik rintik hujan berhenti.
Macam mana dan mengapa aku memilih jalan ke Bukit Mertajam dan seterusnya Tasik (empangan) Mengkuang tidak berapa pasti. Pernah dahulu aku cuba ke tasik ini tetapi dua kilometer sebelum sampai tersilap ambil jalan dan berkesudahan di bandar Bukit Mertajam. Aku sepatutnya tidak memasuki simpang ke kanan tetapi jalan terus. Kerana tidak mahu berpatah balik aku meronda ronda di bandar dan terus pulang.
Kayuhan pagi tadi dari Kepala Batas aku berkayuh mengikut arah jalan ke Bukit Mertajam, membelok Lahar Yooi dan belok ke kanan di Padang Menora. Dipersimpangan Kampung Pelet membelok ke kiri dan melintasi di bawah BKE (Butterworth Kulim Expressway) dan sampai ke Tasik Mengkuang. Pekan Kulim hanya 15 km dari Tasik Mengkuang.
Tidak mahu sesat walaupun aku yakin jalan yang aku ikut betul aku bertanya kepada seorang pakcik yang kebetulan membersihkan kawasan rumahnya berhampiran jalan. Aku agak kecewa kerana tidak dibenarkan masuk mengayuh basikal walau aku memberi alasan untuk sekejap sahaja. Kakitangan PBA bertugas mengarahkan aku meninggalkan basikal disebelah kiri pintu masuk dengan motorsikal lain. Hanya kereta dibenarkan masuk.
Tidak mahu untuk mencetuskan apa yang tidak seronok aku akur dan pergi ke kawasan parking motorsikal. No way aku hendak tinggalkan basikal kesayangan disitu untuk pergi ke kawasan tasik. Rasanya selamat tetapi aku tidak mahu mengambil risiko. Semua orang yang datang kesini bertujuan untuk beriyadah bukan untuk melarikan basikal. Tetapi untuk sampai aku perlu berjalan kaki hampir 500 meter. Aku duduk berehat dan mengeluarkan bungkusan nasi lemak yang aku beli sebelum sampai ke tasik ini. Aku juga membawa beberapa biji pisang dari rumah (bini suruh..) dan menikmati makanan disini sambil memerhatikan beberapa orang berjogging diatas empangan.
Pada mulanya aku bercadang untuk pulang melalui jalan lain tetapi teringat untuk menziarahi seorang kenalan dari kampung yang juga saudara bau bau bacang. Dia tinggal di Taman Guar Perahu. Tidak bernasib baik kerana dia tiada dirumah. Mengikut anaknya dia pergi menziarahi orang mati. Anaknya tidak percaya aku saudara jauh dan berbasikal dari Sungai Petani.
Menjalankan tugasan kayuhan pulang ke Sungai Petani hampir 35 km mengikut jalan yang sama yang diikuti tadi.Kita biarkan kaum hawa sendiri membuat rumusan. Mungkin fakta yang dialu alukan dan dinanti nantikan oleh kaum lelaki. Ada can tambah lagi satu ......
Hampir empat jam setengah berkayuh tanpa merasa sinaran dan panas matahari. Cuaca mendong sepanjang hari dan aku bernasib baik kerana dalam perjalanan pulang, rintik rintik hujan mula jatuk ke muka dan kepala. Sedikit sahaja, tidak cukup untuk membasahi muka dan juga tidak perlu mencari tempat berteduh. Aku meneruskan kayuhan dan bagai yang aku jangkakan rinntik rintik hujan berhenti.
Macam mana dan mengapa aku memilih jalan ke Bukit Mertajam dan seterusnya Tasik (empangan) Mengkuang tidak berapa pasti. Pernah dahulu aku cuba ke tasik ini tetapi dua kilometer sebelum sampai tersilap ambil jalan dan berkesudahan di bandar Bukit Mertajam. Aku sepatutnya tidak memasuki simpang ke kanan tetapi jalan terus. Kerana tidak mahu berpatah balik aku meronda ronda di bandar dan terus pulang.
Kayuhan pagi tadi dari Kepala Batas aku berkayuh mengikut arah jalan ke Bukit Mertajam, membelok Lahar Yooi dan belok ke kanan di Padang Menora. Dipersimpangan Kampung Pelet membelok ke kiri dan melintasi di bawah BKE (Butterworth Kulim Expressway) dan sampai ke Tasik Mengkuang. Pekan Kulim hanya 15 km dari Tasik Mengkuang.
Tidak mahu sesat walaupun aku yakin jalan yang aku ikut betul aku bertanya kepada seorang pakcik yang kebetulan membersihkan kawasan rumahnya berhampiran jalan. Aku agak kecewa kerana tidak dibenarkan masuk mengayuh basikal walau aku memberi alasan untuk sekejap sahaja. Kakitangan PBA bertugas mengarahkan aku meninggalkan basikal disebelah kiri pintu masuk dengan motorsikal lain. Hanya kereta dibenarkan masuk.
Tidak mahu untuk mencetuskan apa yang tidak seronok aku akur dan pergi ke kawasan parking motorsikal. No way aku hendak tinggalkan basikal kesayangan disitu untuk pergi ke kawasan tasik. Rasanya selamat tetapi aku tidak mahu mengambil risiko. Semua orang yang datang kesini bertujuan untuk beriyadah bukan untuk melarikan basikal. Tetapi untuk sampai aku perlu berjalan kaki hampir 500 meter. Aku duduk berehat dan mengeluarkan bungkusan nasi lemak yang aku beli sebelum sampai ke tasik ini. Aku juga membawa beberapa biji pisang dari rumah (bini suruh..) dan menikmati makanan disini sambil memerhatikan beberapa orang berjogging diatas empangan.
Pada mulanya aku bercadang untuk pulang melalui jalan lain tetapi teringat untuk menziarahi seorang kenalan dari kampung yang juga saudara bau bau bacang. Dia tinggal di Taman Guar Perahu. Tidak bernasib baik kerana dia tiada dirumah. Mengikut anaknya dia pergi menziarahi orang mati. Anaknya tidak percaya aku saudara jauh dan berbasikal dari Sungai Petani.
Statistik :
Mula .............. 7.30 pagi
Tamat ............ 11.40 pagi
Jarak .............. 85 km
Laluan ........... Tikam Batu - Kepala Batas - Ara Kuda- Empangan Mengkuang
Odometer 2012 : 01945
Tiada ulasan:
Catat Ulasan