Isteri aku amat skeptical bila aku menempah tiket 'Firefly' dari Pulau Pinang ke Medan pada Ahad 27 Mei 2012. Kami belum pernah menaiki kapal terbang jenis 'turboprop' dan isteri aku memang tidak setuju dan tidak yakin. Tiada pilihan. Berkali kali aku memberitahu, ianya selamat seperti kapalterbang jet yang lain. Apatah lagi 'Firefly' menggunakan kapal terbang baru yang dibeli dari Perancis.
Lapangan terbang Pulau Pinang masih dalam proses upgrading. Kerja kerja menaiktaraf dan penambahbaikan telah bermula lebih satu tahun yang lalu. Skop kerja adalah untuk membesarkan dan menambah ruang lapangan terbang ini. Disana sini banyak kawasan ditutup dan laluan penumpang diubah dan dialihkan.
Walau begitu ia tidak menjejaskan kelancaran operasi. Kerja kerja perlu dilakukan untuk menampung jumlah penumpang terutama pelancong yang meningkat dari masa kesemasa. Lapangan terbang ini akan berwajah baru apabila siap kelak sejajar dengan taraf lapangan terbang antarabangsa lain.
Aku berjalan melalui balai ketibaan dan mendapati ruang dipenuhi penumpang terutama penumpang dari Indonesia. Kebanyakkan mereka kesini datang untuk mendapatkan rawatan perubatan di hospital hospital swasta yang ada di pulau ini.
Pelik juga, aku dan isteri ke Medan untuk menghadiri convokasyen ijazah kedoktoran anak sulung, Universitas Sumatera Utara di Medan menjadi salah satu pusat pengajian pilihan untuk pelajar kita belajar dalam bidang kedoktoran tetapi di penduduk dibandar tersebut dan kawasan sekeliling sebaliknya ke Pulau Pinang mendapatkan kemudahan rawatan.
Memang banyak hospital kerajaan dan swasta di Medan, tetapi apa yang aku tahu, kelengkapan masih ditahap lama dan masih banyak yang kekurangan. Itulah sebabnya kebanyakkan pesakit yang mampu mendapatkan rawatan dinegara kita.
Ah ... ubat ubatan yang dijula di farmasi di bandar ini masih jauh lebih muran berbanding dangan negara kita. Ubat keperluan harian termasuk penadol, ubat darah tinggi dan sebagainya hampir setengah harga. Sekali lagi isteri aku mempersoalkan samada ubat ubat yang murah tersebut mempunyai kualiti yang sama. Aku terangkan bahawa syarikat pengeluar ubat ubatan adalah syarikat yang sama beroperasi di negara kita, malah banyak syarikat tersebut berpindah dari negara kita ke sini kerana kos buruh yang jauh lebih murah.

Dari sudut mana yang membuatkan dia tidak yakin, tidak lah pasti. Tatapi semuanya berubah apabila memasuki pesawat tersebut. Dengan keadaan yang kemas, baru dan nampak teguh. Walaupun laluan dan tempat duduk agak sempit tetapi amat selesa untuk penerbangan jarak dekat. Tempat duduk kamu No.5D betul betul bersebelahan dengan kipas turboprop enjin kapal terbang. Tiada gegaran kuat ketika take-off atau mendarat dan hanya sedikit gegaran semasa melalui kawasan cuaca buruk. Mungkin ini kerana saiz yang kecil.
Oleh kerana tempuh penerbangan pendek, minuman dan makanan ringan dihidangkan sebaik sahaja kapal terbang berada diudara. Sepotong kek dan secawan juice avacodo mencukupi untuk penerbangan yang mengambil masa kurang dari 50 minit.
Check in dan check out jelas lebih cepat kerana bilangan penumpang hanya 76 orang. Bukan sengaja aku menempah 'Firefly' tetapi apabila penerbangan terutama 'Air Asia' ke Medan telah penuh dan kos tiket melebihi RM400.00. Aku juga meninjau ninjau beberapa penerbangan negara jiran termasuk Lion Air tetapi kurang menarik dan sifat patriotik untuk mendahulukan syarikat penerbangan negara sendiri.
Sebaik turun dari perut pesawat, isteri aku memberikan komen sekali lagi. Kenyataannya kalau orang perempuan idak berkata apa apa tentang sesuatu macam tidak sah atau lengkap. Apa yang dinyatakan agak mengejutkan juga. Seronok manaiki kapal terbang ini, lain kali kita naik kapal terbang ini. Dia mula merancang rancang untuk ke Padang dan ke Banda Acheh.
Aku telah mengingatkan diri untuk berhati hati bila berada di Medan supaya tidak ditipu atau dipujuk oleh ulat ulat yang menunggu di ruang ketibaan. Disebalik itu tidak dapat mengelakkan diri dari diambil kesempatan oleh pemandu beca yang berkeliaran. Sebaik keluar dari lapangan terbang, aku terus diekori oleh beberapa pemandu beca memujuk dan merayu untuk menaiki beca mereka.Aku berjaya tawar menawar dengan pemandu beca untuk ke jalan SM Singa dengan harga 20,000 rupiah walau dia meminta 25,000 rupiah. Teksi akan mengenakan sebanyak 50,000 rupiah. Aku menaiki beca motor kerana tiada begasi besar.
Terkena untuk kali kedua apabila sampai ke destinasi. Pemandu beca mengatakan tiada tukaran wang kecil apabila aku menghulurkan wang 50,000 rupiah. Dia mengambil wang dan mengatakan akan memulangkan baki sebentar lagi apabila mendapat menukar. Boleh percaya ke? Aku mengambil keputusan untuk menukar sendiri. Mulanya aku bertanya kepada peniaga kecil ditepi jalan dan kemudian ke sebuah restoren. Mereka enggan menukarkan wang ke denominasi kecil. Aku terpaksa ke sebuah mini market dan membeli sebotol air mineral dan membayar sewa beca tersebut.
Nampak perubahan air muka pemandu beca tersebut. Mengapa aku tidak pasti. Aku rasa hasratnya untuk mengambil kesempatan (atau mungkin menipu) keatas pelancong tidak kesampaian. Mungkin juga kegagalannya memujuk untuk terus menyewa becanya. Disepanjang perjalanan dia tidak berhenti menceritakan tempat tempat yang sering dilawati oleh pelancong Malaysia dan menyuruh aku membenarkan dia membawa aku ketempat tempat tersebut. Aku beritahunya aku pernah dan selalu ketempat tersebut kerana sudah beberapa kali datang ke Medan. Lagi pun aku ingin mencari hotel penginapan untuk dua malam.
Tidak sampai dua minit kemudian aku dihampiri oleh seorang lagi pemandu beca motor. Bagaikan tau tau sahaja kerana dia tidak menawarkan perkhidmatan beca sebaliknya bertanya samada aku memerlukan bilik hotel. Dia mengatakan mengapa menbazirkan wang 400,000 rupiah untuk satu malam bila aku boleh menginap selama empat malam dengan jumlah tersebut. Dia menawarkan bilik hotel satu perempat dari harga hotel Garuda yang ingin aku inapi. Betul juga. Aku hanya mahu bilik yang lengkap dengan penghawa dingin, bilik mandi dan katil yang selesa.
Aku terpedaya kali ketiga walaupun belum sampai satu jam berada di Medan. Aku mengambil bilik di hotel yang ditawarkan kepada aku oleh pemandu beca setelah melihat bilik hotel tersebut. Bilik sederhana dan kelengkapan memenuhi kehendak aku. Walau perabut agak usang tetapi memadai kalau setakat untuk berehat dan tidur.
Keseksalan dan rasa tertipu apabila masuk semula kebilik apabila pulang dari makan tengah hari ......

Tiada ulasan:
Catat Ulasan