Cuaca sebelah pagi kebelakang ini tidak mengizinkan aku membuat kayuhan. Hujan sering turun dari sebelum dinihari dan kadang kala berlarutan hingga siang. Kalau tidak hujan pun langit diselubungi awan hitam. Aku tidak mahu mengambil risiko atau mengadu nasib, takut kalau membuat kayuhan hujan akan turun. Nanti badan yang sihat diharapkan, deman atau selsema pula yang didapati.
Roadbike yang aku leraikan untuk dicat semula siap pada 04 Mei tetapi aku tidak berpeluang untuk mengayuhnya. Disamping mengecat aku juga menukar tengkok handle bar. Yang lama agak panjang dan aku terpaksa membongkok jauh kedepan apabila mengayuh. Kadang kala keadaan ini meletihkan terutama pada bahagian lengan hinggakan menjadi kebas. Menurut seorang rakan, basikal yang aku gunakan ini dibuat untuk orang barat yang tinggi dan mempunyai jangkauan lengan yang panjang.
Kayuhan pagi ini memberi peluang untuk menilai tindakan yang dibuat adalah betul. Memang rasa lebih selesa dengan tengkok yang pendek sedikit dari yang asal. Aku boleh bertahan mengayuh membongkok lebih lama berbanding dahulu dan bila memegang bahagian handle yang lurus, badan lebih menegak.
Sedikit masalah tentang kelajuan. Rasanya kurang sedikit dari biasa. Adakah disebabkan basikal? Bahagian mekanikal tidak diusik lansung. Memangnya disebabkan keupayaan aku sendiri kerana sudah hampir 9 hari tidak melakukan kayuhan jauh. Kena pulihkan semula otot otot peha dan betis.
Kekejangan otot peha sebelah kiri masih belum pulih sepenuhnya walaupun sudah dua minggu aku mengalaminya. Aku berasa lega bila aku berjumpa dengan pakar urat / tukang urut yang mengatakan tiada masalah dengan urat atau tulang. Hanya otot tergeliat dan mengambil masa untuk pulih. Aku berjumpanya pada hari Jumaat lepas dan dia menasihatkan aku supaya tidak melakukan aktiviti yang berat, tetapi kena melakukan senaman kaki agar otot pulih seperti sedia kala.
Oh seronok sungguh merasa tiupan kencang angin ke muka. Sudah agak lama tidak merasakan sebegini. Bukan setakat meraskan angin dibadan tetapi bunyi deruan angin yang agak kuat juga menambah nikmat kayuhan pagi ini. Angin kencang terasa mula bertiup sebaik sahaja melepasi Pekan Singkir menuju ke Tanjung Dawai. Walaupun masih awal pagi lagi tetapi angin sudah kuat.
Aku tidak akan berada lama di Tanjung Dawai kerana tidak mahu melawan angin dalam perjalanan balik nanti. Pengalaman sudah, angin akan bertiup lebih kencang bila menjelang tengah hari dan petang. Elok berpatah balik awal untuk mengelakkan kayuhan melawan tiupan angin. Mungkin aku akan breakfast berhampiran dengan rumah.
Ini bermakna rancangan untuk mengikuti jalan tengah bendang melalui Sungai Pial dan Sungai Derhaka juga dibatalkan. Ketiadaan pokok besar di kiri kanan jalan tersebut akan menyukarkan kayuhan dengan tiupan kencang angin.
Di jalan yang sangat kurang kenderaan dari Singkir ke Tanjung Dawai, aku melihat jauh dihadapan kelibat seseeorang. Jaraknya lebih 500 meter. Tidak pasti samada penunggang motorsikal atau mengayuh basikal. Beberapa minit kemudian dia hilang dari pandangan kerana selekoh jalan. Aku tidak ambil peduli sangat. Lima minit kemudian orang tadi berada dihadapan aku. Seorang rider mtb. Rider yang pertama aku lihat sepanjang kayuhan pagi ini.
Rasanya menjadi satu 'tabii' semula jadi aku dan mungkin kepada ramai orang diluar sana. Bila melihat ada orang dihadapan, menganggap ia sebagai satu cabaran yang mesti disahut. Misi cabaran tersebut adalah untuk mengejar dan kalau boleh memotong dan mendahului. Walau aku juga sudah sedikit keletihan setelah hampir satu jam berkayuh, aku 'pulun' dan berjaya menghambat dan memotong rider tersebut. Ahhh ... memang tidak begitu sukar kerana aku menggunakan rb dan dia menggunakan mtb. Sempat aku menegur dan terus berlalu. Rider tersebut masih muda dan mungkin baru dalam aktiviti ini.

Siri perlumbaan basikal 'Jelajah 1 Malaysia' bermula pagi ini. Negeri Kedah beruntung kerana perlumbaan akan berada di Kedah selama dua hari. Stage 2 akan tamat di Kulim pada 09 Mei dan bermula keesokkan harinya dari Kulim. Stage 4 akan tamat di Sungai Petani pada 11 Mei dan dan Stage 5 bermula pada 12 Mei . Tahun lepas aku tidak berpeluang untuk menyaksikan kerana route tidak masuk ke utara. Kali terakhir aku menyaksikan adalah pada tahun 2010.
Berpeluang untuk menyaksikan upucara penyampaian hadiah untuk Stage 4 dari Kangar dan upucara permulaan Stage 5 ke Ipoh.Patutlah sebahagian jalan utama dihadapan Dataran Zero Bandar Sungai Petani ditutup dan dilencongkan untuk diperbaiki bermula sejak satu bulan yang lalu. Ramai pengguna jalanraya merungut kerana kesesakkan lalulintas terutama pada awal pagi dan sebelah petang. Jambatan lintasan kereta api dihujung bandar dihadapan balai polis juga sudah dibuka separuh (laluan ke utara). Ini adalah untuk digunakan oleh pelumba Jelajah 1 Malaysia ini.
Statistik :
Tamat ............ 10.15 pagi.
Jarak .............. 61 km
Laluan ........... Lencongan Barat - Merbok - Tanjung Dawai
Odometer 2012 : 02075
Tiada ulasan:
Catat Ulasan