Jalan Ibrahim lengang bila aku sampai pada jam 10.30 pagi. Dijangkakan peserta pelumbaan Jelajah Malaysia Stage 4 akan sampai sebentar lagi. Rasanya ini adalah stage yang paling pendek kerana hari Jumaat. Dua tiga hari lepas aku bayangkan perlumbaan akan ditamatkan di Sungai Petani selepas waktu Jumaat, mungkin 2.30 atau 3.00 petang. Aku merancang untuk ke bandar sebaik selesai menunaikan solat.
Aku diberitahu semasa menanti semasa menyaksikan stage 3 dari Kulim ke Chuping semalam. Biasanya hari Jumaat perlumbaan akan dipendekkan kerana memberi laluan untuk peserta menunaikan solat. Juga untuk menghormati. Alhamdulillah.
Aku parking kereta agak jauh, berhampiran Pejabat Pos kerana tidak mahu tersekat akibat penutupan jalan. Senang masa pulang nanti. Berjalan kaki ke Jalan Ibrahim untuk ke tempat tamat perlumbaan. Sekali lagi aku silap. Kerja kerja pembaikan jalan di hadapan Dataran Zero masih belum selesai. Kerja menggantikan batu bata bukannya untuk perlumbaan jelajah Malaysia ini. Mungkin untuk sambutan Hari Kemerdekaan / Hari Kebangsaan yang akan tiba tidak lama lagi.
Lokasi tamat dan mula perlumbaan dianjakkan lebih kurang 50 meter dari Dataran Zero dan pentas untuk penyampaian hadiah didirikan di hadapan H&S Bank. Kedua dua hala jalan ditutup. Masih belum ramai pengunjung datang. Dikawasan lapang yang digunakan sebagai tempat parking kereta pada hari biasa didirikan khemah dan terdapat aktiviti untuk kanak kanak. Aku tidak lansung teringin untuk meninjau apa yang berlaku tetapi ke lori dimana minuman Milo diberikan percuma.
Walaupun perlumbaan bermula dari sebelah Utara iaitu Kangar, tetapi pelumba akan memasuki Bandar Sungai Petani dari arah selatan. Berkemungkinan mereka mengikuti jalan lencongan barat dari Sungai Lalang atau jalan lencongan Timur.
Aku berpatah balik dijalan hala ke selatan. Ternampak sebah gerai yang menjual cenderhati perlumbaan terutama baju untuk cycling. Seorang rakan berada disana. Menurut rakan tersebut dia berminat untuk membeli sehelai baju tetapi harganya terlalu mahal. RM 100.00 sehelai lengan pendek. Bila diminta discount, penjual tunduk berbisik kepada kami menyatakan dia memberikan discount RM10.00 sehelai. Mungkin sebagai 'gimmik' sahaja konon discount tersebut hanya untuk kami sahaja. Kami tidak membeli pun. Buat apa membazir wang, beli saja di 'night market' di hadapan Bank Rakyat Sungai Petani.
Beberapa orang awam yang bernasib baik mendapat cenderamata yang diagihkan oleh pihak penganjur. Cendermata berupa botol air plastik dan beberapa helai brochure mengenai perlumbaan basikal Jelajah Malaysia. Aku melihat lihat jika ada lagi tetapi tidak bernasib baik.
Berjumpa seorang lagi rakan karib disana iaitu Zaidi Ismail. Dia memang peminat bsaikal dan berada menyaksikan pada perlumbaan tahun 2010 yang lalu. Pagi esok dia akan berada disini untuk menyaksikan permulaan Stage 5 dari Sungai Petani ke Ipoh, Perak. Dia mengajak aku breakfasat pagi esok di restoren Nasi Kandar Pelita yang terletak betul betul dihadapan lokasi perlumbaan bermula.
Rasanya pelumba akan sampai tidak lama lagi kerana kereta dan motorsikal pengiring mulai memasuki kawasan parking dijalan bersebelahan. Pihak polis dan sukarelawan lain sibuk ke hulu kehilir mengawal penonton dan mengarahkan supaya tidak menghulurkan muka dan tangan melepasi pagar besi yang didirikan. Seorang bapa yang memegang payung untuk melindungi anak kecil yang sedang didukung diarahkan supaya menutup payung. Ia adalah langkah keselamatan kepada pelumba pelumba sekiranya payung ditiup angin keraha mereka.
Pengacara majlis mengumumkan dimana pelumba berada dan ETA pada setiap lima minit. Penonton semakin ramai dan mereka berpusu pusu dikedua dua belah jalan. Aku tidak sedar ada seseorang menghantar tiga SMS kepada aku dalam keadaan itu. Ia dari seorang rakan yang berada diseberang jalan yang nampak aku.
Penonton hanya berpeluang menyaksikan perlumbaan basikal ini kurang dari satu minit dan segala akan selesai. Berbezaa dengan menonton permainan bolasepak dimana penonton akan menyaksikan aksi sekurang kurangnya untuk 90 minit.
Satu kelebihan ialah penonton dapat melihat pelumba dari jarak dekat dan boleh berinteraksi dengan mereka. Ada yang mengambil gambar pelumba atau bergambar dengan mereka, melihat dengan lebih dekat basikal yang digunakan.
Penduduk Sungai Petani bernasib baik kerana berpeluang menyaksikan perlumbaan basikal yang berprestige ini. Setiap tahun sekurang kurangnya satu perlumbaan melalui bandar Sungai Petani. Jika tidak Jelajah Malaysia, perlumbaan Le Tour de Langkawi akan lalu disin. LTdL tidak singgah tetapi kerap melalui bandar ini jika kayuhan diadakan disebelah utara ini. Jelajah Malaysia memang menjadikan Sungai Petani sebagai lokasi tamat dan permulaan jika perlumbaan melalui sebelah utara ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan