Salam AIDIL ADHA kepada semua pembaca sekelian. Semuga amalan korban yang dilakukan diterima Allah ....
Cuti dua hari dari kayuhan ....
Bernasib baik kerana salah seorang pekerja restoren boleh berbahasa Melayu. Jika tidak mungkina akan kelaparan atau minta dengan tunjuk tunjuk.
Rancangan kayuhan hari ini dibuat petang kelmarin. Walaupun sudah agak lama aku bercadang untuk melakukan kayuhan ke Satun tetapi tercari cari masa yang sesuai dan menunggu-nunggu jika ada kawan yang ingin ikut serta. Ramai yang aku tanya berminat untuk ikut serta tetapi tidak seorang pun memberikan kata putus. Jadi macam biasa le ... kayuh seorang saje.
Sebaik memasuki Thailand, papan tanda menunjukkan Satun 40km. Aku melepasi kedua-dua imigresen pada jam 9.20 pagi dan menjangkakan akan sampai ke Pekan Satun sebelum jam 11.00 pagi. Jalan sedikit berbukit sejauh hampir 2 km. Setelah melepasi banjaran gunung menjadi sempadan Malaysia Thailand iaitu Sankalakhiri, aku terpegun dengan keadaan jalan Route 4183. Luas, licin (smooth), teguh, bersih dan tiada sebiji lubang atau rekahan dipermukaan jalan. Kalau boleh aku buat pesamaan macam pipi bayi ... sori ... macam pipi anak dara sunti. Memang teruja berkayuh disini. Boleh mencapai kelajuan lebih dari kelajuan maksima pada kayuhan di jalan jalan raya di Malaysia.
Pada mulanya aku hanya ingin berkayuh pendek sahaja pagi ini, mungkin mengikuti lencongan timur dan kemudian melalui lencongan barat untuk pulang ke rumah. Aku kemudian merubah fikiran untuk ke Sidam Kiri melalui Jalan Kuala Ketil dan ingin memasuki ke kampung Olak Madu untuk meninjau suasana di kampung tersebut. Bulan hadapan ada rancangan untuk berbasikal ke sana membuat kerja kerja amal berkaitan dengan kesihatan. Beberapa ahli panel penasihat klinik kesihatan Bakar Arang telah bersetuju untuk membuat kayuhan. Tarikh dan masa akan ditetapkan selepas raya haji nanti.
Sebaik memasuki laluan Kuala Ketil - Jeniang, dibelakang aku terdapat deretan lori pasir. Tiada masalah kerana jalan ini agak luas. Walau kadang kala perasaan aku terbakar juga kerana lori ini memotong terlalu hampir dan kerap kali tanpa memperlahankan lori. Aku sedar aku telah silap jalan tetapi tidak mahu berpatah balik untuk rancangan asal.
Apabila minuman aku dihantar, suaminya duduk dihadapan aku untuk makan nasi. Dia berkata jalan sebelum Taman Seri Bayu Sungai Lalang rosak teruk sepanjang hampir 5 kilometer. Memang tidak boleh dilalui oleh basikal seperti aku kerana batu batu batu. Kalau aku ingin juga melalui jalan tersebut kena 'tanggung basikal' disepanjang jalan yang rosak. Dia menyatakan lori lori pasir yang tidak berhenti melalui jalan ini yang menyebabkan kerosakkan. Lori tersebut membawa muatan berlebihan. Mengikutnya lagi pihak berkuasa JPJ tidak dapat berbuat apa apa kerana tonto dan masalah lain.
Aku meneruskan kayuhan dan ingin sampai cepat kerana cuaca kelihatan tidak begitu baik. Takut hujan akan turun diatas bukit nanti. Sebelum sampai di muzium aku melihat papan tanda ternakan kelulut madu dan bercadang untuk singgah dalam perjalanan turun sebentar nanti.
Teringin betul untuk mendapatkan keterangan lanjut dari pemilik. Sebentar tadi aku membuat semakan dalam internet untuk mendapat maklumat lanjut.
Pada mulanya berat juga untuk keluar berkayuh pagi ini. Walau hujan telah lama berhenti dan matahari mula keluar, tetapi langit diatas masih diselubungi awan hitam. Kemungkinan hujan akan turun semula. Itu bisikan hati malas ..... walau aku tahu awan tersebut akan berlalu menjelang tengah hari.
Pagi ini berkayuh menghala ke selatan melalui route N1 ke Butterworth. Niat hati untuk terus ke Jalan Lingkaran Luar Butterworth (Outer Ring Road) dan terus ke Jambatan Pulau Pinang. Nampak cuaca kurang baik kerana banyak awan hitam di langit tetapi aku menjangkakan hujan tidak akan turun. Diharapkan langit akan cerah seketika nanti.