Lega bila cuaca cerah pagi ini. Dua hari sebelum hujun turun waktu pagi hingga lewat petang. Ingat musim hujan sudah berlalu tetapi negeri Pahang dilanda banjir apa yang dikatakan gelombang ketiga. Pada awal tahun Negeri Johor yang terkena banjir. Kami disebelah utara terlepas dari banjir pada tahun ini.
Petang kelmarin SK Juan datang kerumah. Semenjak ke Sydney ini pertama kali singgah. Selalunya mesti ada yang hendak ditunjukkan pada aku. Sah ... dia baru sahaja balik dari kedai kimpalan untuk mempeteri besi untuk basikal stand. Menurutnya harga yang dijual dikedai hampir RM40.00 itu menyebabkan dia menciplak rekabentuk dan membuat sendiri. Tidak sampai RM5.00 termasuk upah welding.
Stand yang dibuat menggunakan paip GI (galvanise iron) berukuran 12 mm diameter dan penyokong dari iron bar juga berukuran 12 mm. Semua barang adalah barangan terpakai yang disimpan atau dikutip dari tempat buangan sampah. Menurutnya lagi stand ini kuat dan teguh (macam pernah dengar je ..... iklan bank SC dulu dulu) dan kelebihan lain ia boleh ditanggalkan dengan mudah. Mudah untuk dimasukkan kedalam kereta untuk dibawa kemana mana.
Menurut SK Juan lagi, dua hari berturut turut dia terkena hujan kerana menjangkakan hujan tidak akan turun sebelah pagi. Kelebihan kita yang kerap melakukan aktiviti berbasikal ialah hujan tidak mendatangkan sebarang masalah kepada kesihatan walaupun usia telah melebih setengah abad.

Pada awalnya aku bercadang untuk ke Tanjung Dawai selepas membatalkan pada kayuhan minggu lepas tetapi apabila memikirkan angin timur yang boleh memperlahankan kayuhan, aku menukar rancangan untuk ke Bedong melalui Lencongan Timur. Bermakna uaku membuat tambahan 14 km berbanding melalui jalan utama N1.
Juga aku merasa teruja mengayuh dilencongan Timur dari Padang Temusu ke Aman Jaya. Kerja kerja senggaraan dan menurap jalan lencongan tersebut siap sepenuhnya. Lega bergayuh melalunya. Tidak lagi bimbang kereta dibelakang. Ingin untuk meneroka laluan lain seperti jalan kelapa sawit di belakang komplek mahkamah Sungai Petani. Jalan tersebut boleh tembus ke Taman Bayu Sungai Lalang. Agaknya lain kali kerana aku menggunakan rb.
Hairan juga kerana tidak ramai cyclist dijalan pagi ini. Statistik
Mula ............. 8.10 pagi
Tamat ........... 11.00 tengah hari
Jarak ............. 59 km
Cuaca ............ redup
Laluan .......... Lencongan Timur - Bedong - Merbok
Odometer 2012 : 00297
Tiada ulasan:
Catat Ulasan