Sebenarnya posting ini dimasukkan setelah beberapa hari kerana talian telephone dan internet kebanyakkan rumah di Taman Intan mengalami kerosakkan. Baru aku berura ura untuk menukar streamyx kepada unifi, berlaku pula kejadian macam ini. Tawar hati. Bila sudah hilang panas hati nanti akan dipertimbangkan semula.
Tidak ingat pula apa yang hendak dicatatkan kerana telah beberapa hari berlalu.Yang jelas ramai kawan kawan datang bersembang bila aku berhenti di loji pembersihan air Pinang Tunggal. Bukan tidak selalu aku singgah apabila membuat kayuhan, tetapi mereka ingin mendengar cerita lawatan 10 hari ke Thailand dua minggu lepas.
Geng lama aku di Pinang Tunggal akan menganjurkan jamboree untuk mountain pada 11 March 2012. Penganjur jamboree ini ialah En. Dahalan Md Noor yang tinggal di Kampung Seberang Tok Soh Pinang Tunggal. Beliau mempunyai kedai basikal di Taman Seraya, Pinang Tunggal. Memang sudah lama dia merancang untuk mengadakan jamboree ini dan pernah mempelawa aku untuk menganjurkan bersama. Bukan aku tidak sudi tetapi aku agak keberatan kerana aku kini lebih tertumpu kepada kayuhan roadbikes.
Aku telah bermastautin dan bekerja di Sungai Petani lebih dua puluh tahun dan 15 tahun dari tempoh itu bekerja di Pinang Tunggal. Aku tidak tahu bukit di belakang tempat kerja aku adalah Bukit Birut. Setahu aku ia dipanggil Bukit Pinang Tunggal.

Ucapan tahniah kepada penganjur, Dahlan dari D'Nia Bikes dan geng lain termasuk Sham, Mat Isa dan Shukri. Mungkin ramai lagi dibelakang mereka diatas yang turut membantu dan memberi sumbangan untuk memastikan kejayaan aktiviti ini.
Semasa aku diberitahu tentang jamboree, mereka baru turun dari Bukit Birut untuk membuat dan mencari laluan yang sesuai. Selepas ini mereka akan membuat mapping, marking, membersih dengan menebang dan menebas pokok dilaluan, menimbus lubang, meratakan lurah, membuat jambatan pada tali air dan berbagai kerja lagi.
Persiapan lain juga perlu diatur termasuk pemberitahuan dan iklan, penyediaan dan pengagihan borang, tempahan untuk jersey dan goodies lain, hadiah, medal dan refreshment. Penganjur juga kena berhubung dengan agensi lain seperti antara lain pasukan polis, PGA, Rela dan Kesihatan untuk bantuan dan pertolongan.
Pasti jamboree tersebut mendapat sambutan hangat memandangkan ia satu satunya jamboree yang dianjurkan di kawasan Sungai Petani. Dahulu OSK menganjurkan berberapa siri jamboree tetapi sejak dua tiga tahun kebelakangan ini ianya tidak lagi diteruskan. Aku pernah dua kali menyertainya dan melihatkan kepada sambutan, ianya sepatutnya diteruskan.
Bukan satu perkara yang mudah untuk menganjurkan sesuatu berskala begini. Kebanyakkan peserta adalah golongan bekerja dan ramai yang terdiri dari professional (kalau tidak bagaimana hendak membeli basikal mtb yang mencecah harga belasan ribu ringgit atau lebih). Penganjur akan menghadapi berbagai kerenah dan tekanan. Semuanya mesti dipastikan lengkap dan jangan biarkan ada ruang yang boleh menimbulkan ketidakpuasan kepada peserta atau sebarang kelemahan yang jadikan kritikan dan komplen

Sungai Petani dan Daerah Kuala Muda mempunyai banyak trek dan laluan mencabar dan menyeronokkan. Memang sudah tiba masanya kelab kelab basikal di Sungai Petani berganding bahu menganjurkan jamboree berbasikal ini. Selain tujuan berriyadah dan bersukan, ia juga dapat mempromosi dan memperkenalkan Daerah Kuala Muda amnya dan Sungai Petani khasnya kepada dunia luar.
Harapkan pihak penganjur akan dapat meneruskan jamboree ini setiap tahun. Syabas sekali lagi .......
Statistik
Mula .............. 7.50 pagi
Tamat ............ 11.00 pagi
Jarak .............. 45 km
Cuaca ............. Panas
Laluan ............ Bandar Puteri Jaya - Sidam Kiri
Odometer 2012 : 00108
Tiada ulasan:
Catat Ulasan