Aku memotong seorang rider yang menunggang mountain bike di lencongan barat selepas persimpangan Kampung Teluk. Dia masih muda dan kelihatan sedang mencuba sedaya upaya melawan tiupan angin yang amat kencang. Bergerak perlahan sahaja dan tidak lurus. Mungkin dia bosan mengayuh sendirian atau memang disebabkan pukulan angin.
Sebaik berada dihadapan, aku tidak sangka pula dia mendapat tenaga dan cuba menyaingi kelajuan aku. Dia hanya mampu bertahan selama lima minit dan kemudian tida lagi kelihatan. Aku membelok ke arah Titi Semeling kerana bercadang untuk ke Tanjung Dawai. Maaf bukan sombong atau tidak mahu berkawan tetapi aku ingin sampai cepat ke destinasi untuk mengelakkan cuaca panas.
Di persimpangan UiTM - Pengkalan Bujang aku melihat seorang remaja mengayuh 'fixie' berwarna merah jambu. Dia berada betul dibelakang aku sebaik sahaja melepasi lampu isyarat tersebut. Ingatkan dia hanya pergi berdekatan tetapi mengekori aku sehingga hampir lima kilometer ke pekan Merbuk. Aku sempat bertanya hendak kemana dan dia memberi tahu untuk pusing pusing sahaja. Aku tidak mahu mengajak berkayuh bersama aku kerana kini aku telah mengubah fikiran dan bercadang untuk ke Guar Cempedak melalui Tanjung Dawai/Yan.

Di pekan Singkir Darat satu kumpulan kanak kanak sekolah yang sedang berkumpul dihadapan sekolah mereka memberi sorakan peransang dan tepukan tangan kepada aku. Mereka berkumpul dengan basikal masing masing. Mungkin mereka mengadakan aktiviti berbasikal menuju ketempat rekreasi berhampiran.
Aku bercadang untuk berhenti rehat di pekan Guar Cempedak tetapi terpaksa meneruskan kayuhan hingga ke Pekan Gurun kerana banyak gerai di tutup. Sempat meninjau kaki Gunung Jerai, mana tahu kalau ada rakan yang membuat pendakian berbasikal.
StatistikAku bercadang untuk berhenti rehat di pekan Guar Cempedak tetapi terpaksa meneruskan kayuhan hingga ke Pekan Gurun kerana banyak gerai di tutup. Sempat meninjau kaki Gunung Jerai, mana tahu kalau ada rakan yang membuat pendakian berbasikal.
Mula .............. 7.50 pagi
Tamat ............ 12.00 tengah hari
Jarak ............. 75 km
Cuaca ............ cerah / panas
Laluan ........... Merbuk - Yan - Guar Cempedak - Gurun
Odometer 2012 : 00183
Tiada ulasan:
Catat Ulasan