Halaman

Khamis, 29 Mac 2012

berkayuh 37 tahun .....

Pagi ini aku pergi berjogging memanjat Bukit Semarak, Sungai Pasir. Lebih dua minggu tidak kesana. Walau hujan petang kelmarin tetapi rasanya tidak mendatangkan sebarang masalah. Air tidak boleh bertakung di jalan berbukit. Jalan lembab mungkin. Rumput dan daun pokok masih belum kering tetapi tidak menghindarkan aktiviti.
Seperti biasa aku memanjat jalan menegak, seorang sahaja, tiada orang lain yang aku nampak. 
Semasa permulaan tidak kelihatan orang lain dibelakang aku tetapi sampai suku jalan kedengaran tapak kaki seseorang dibelakang aku. Bila aku menoleh kebelakang kelihatan seorang pertenagah umur, agak cergas dan pantas membuat pendakian. Aku mengikut rentaknya sehinggalah sampai dicabang Y pertengahan bukit. Dia mengambil jalan ke kanan manakala aku pula ke kiri dan menegak.
Aku ingin menguji ketangkas orang dibelakang aku tadi. Siapakah yang sampai ke puncak dahulu. Pendakian melalui jalan pintas agak susah kerana tanah licin. Aku memegang pokok pokok kecil atau rimbunan rumput untuk mengelakkan dari tergelongsor kebelakang. Tercunggap apabila berjaya sampai ke atas dan peluh membasahi muka dan baju.
Aku membelok kekiri untuk turun dan mengharapkan melihat orang yang dibelakang aku tadi. Dia sedang membuat senaman dikawasan lapang bersama seorang yang lain. Tidak pasti siapakah yang sampai dahulu. Hanya untuk berseronok dan menguji kekuatan memanjat bukit.

Wow .... gambar disebelah terpapar di muka hadapan akhbar berita harian hari ini. Apa yang menarik perhatian adalah kerana ia berkaitan dengan aktiviti kayuhan basikal. Ia disiarkan sempena Hari Polis ke 205 yang disambut baru baru ini.
Tidak kiralah cinta dan kasih seorang isteri terhadap suami sehingga sanggup mengayuh basikal basikal sejauh 5 km dari rumah setiap hari, dan masih berbuat demikian walaupun si suami telah meninggal dunia. Jika ia mula pada tahun 1975 bermakna Mak Cik Saadiah berusia 40 tahun ketika itu.
Setelah 37 tahun berkayuh setiap hari dari rumah ke balai polis, baharu mendapat pengikhtirafan dan menerima hadiah berupa sebuah basikal dan wang tunai. Nampak gaya makcik sehat tetapi badan sedikit obes walau berkayuh setiap hari.

Aku teringin membuat sedikit analisis tentang kayuhan Mak Cik Saadiah ni .... sekadar untuk renungan dan seronok.

  Jumlah hari dalam setahun ............ 365 hari
    tolak cuti hujung minggu ..............   52 hari
    tolak cuti tahunan  .......................... 20 hari
    tolak cuti am .................................... 13 hari
    tolak cuti sakit ..................................  5 hari
    tolak bertugas outstation ................. 10 hari
  JUMLAH Hari Berkayuh.................  265 hari


  JUMLAH JARAK KAYUHAN ....... = 37 tahun x 265 hari x 10 km
                                                                  = 98,050 km .. !!!!!!!!!!!

Jika jarak dari Malaysia ke London melalui jalan darat (jalan yang diikuti oleh pengayuh solo Cikgu Adnan Osman berumur 70 tahun yang memulakan kayuhan pada pertengahan September 2011 ... dijangka sampai sebelum permulaan sukan Olympic London 2012 pada bulan Jun) ialah 20,000 km, bermakna Mak Cik Saadiah boleh berkayuh ke London sebanyak 5 (L.I.M.A.) kali.

Wooooooooooooooooooooooooooow ...................................... !

Kalau ikut lapuran berita tersebut, Makcik tersebut berkayuh setiap hari ! Biar betul. Kalau setiap hari selama 37 tahun bermakna jumlah jarak keseluruhan adalah 135,050 km.
Adakah aku mampu menyaingi atau menghampiri jumlah tersebut sejak mula melibatkan diri dalam aktiviti berbasikal lapan tahun lalu sehingga aku tidak lagi berupaya berkayuh lagi nanti?

Mari kita analisa pula kos yang dibelanjakan untuk basikal dan lain lain .... arghhhh .... what the heck !!
     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan