Halaman

Sabtu, 24 Mac 2012

Obligasi .....

Obligasi adalah keperluan untuk melakukan dan memenuhi sesuatu perkara atau komitmen. Setelah tiga hari berehat aku merasakan tidak puas dan tidak lengkap kalau tidak melakukan kayuhan. Bukan kerana keletihan tetapi ada beberapa perkara yang menghalang melakukan aktiviti kayuhan. Kalau ikutkan hati tidak berapa mahu untuk melakukan kayuhan pada pagi ini, tetapi memikirkan 'obligasi' dan komitmen yang telah sekian lama aku buat, maka kena keluar juga.
Tidak bercadang untuk pergi jauh, hanya setakat 30 km atau 1 jam lebih, memadai untuk menentukan momentum tidak terjejas, tidak menjadi malas atau bosan dengan aktiviti berbasikal. Berpuas hati dengan hanya melalui jalan lencongan barat dan lencongan timur sahaja. Pelik juga, hanya bertemu dengan seorang rider di laluan yang begitu digemari.
Ada satu jemputan kenduri kawin hari ini. Berjanji dengan orang rumah untuk menunaikan hajat orang yang mengadakan kenduri. Yang kahwin adalah kawan karib anak perempuan sulung kami dan ibu bapa juga menjalin persahabatan baik.Menghadiri majlis perkahwinan sebagai memenuhi jemputan dan hajat adalah obligasi kedua yang dilakukan hari ini.
Sebelum memulakan kayuhan, aku melayari internet, membaca berita semasa dan meninjau aktiviti yang dilakukan oleh cyclers lain melalui laman blog mereka. Sesuatu yang dikesali, banyak laman blog yang aku 'bookmark' tidak begitu aktif. Kadangkala ia tidak di update dan tiada entry baru dibuat lebih dari setahun. Ada juga yang membuat dua tiga entry dan kemudian meniggalkan sama sekali.
Kalau ikut fungsi utama blog adalah untuk mencatatkan dan merekodkan aktiviti harian. Tidak kira berkaitan dengan apa. Ia boleh dikongsi dengan sesiapa yang berminat, boleh dijadikan pelajaran dan tauladan, boleh dijadikan sumber rujukan dan pelbagai kebaikan lagi.
Aku berminat membaca nukilan rider lain yang melakukan aktiviti berbasikal seperti aku. Ingin mengetahui dimana mereka melakukan kayuhan, bagaiman keadaan laluan, bila bermula, berapa lama masa diambil, apa kesulitan yang dialami dan dapat melihat melalui  gambar yang dilampirkan.
Diharapkan mereka terus menulis didalam blog dan yang masih belum ada blog, inilah pentas sesuai untuk berkongsi.
Esok, walaupun aku sudah merancang untuk ke Kulim, tidak dapat memenuhi rancangan. Rancangan untuk ke Kulim dibuat dua hari lepas semasa memikirkan laluan laluan yang sudah lama tidak dilalui. Seorang kawan yang menjadi 'sparing partner' dalam aktiviti berbasikal menjemput aku untuk ke tempatnya. 
SK Juan singgah dirumah sebelah petang. Tujuan utama adalah untuk mendengar cerita pengalaman aku berkayuh ke Songhkla dan Hat Yai pada 19 dan 20 Mac lalu. Dia juga bertanyakan jalan ke Bukit Pinang, Kepala Batas kerena mahu pergi ke kilang basikal disana. Dia mencari shifter untuk roadbike untuk menggantikan shifter lama pada frame.

Statistik :
   Mula ............. 8.15 pagi
   Tamat ............ 9.40 pagi
   Jarak ............. 33 km
   Cuaca ............ panas     
   Laluan ........... Lencongan Barat - Lencongan Timur
   Odometer 2012 : 01491
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan