Halaman

Isnin, 26 Mac 2012

tidak tahu menilai .....

Petang tadi aku pulang dari bandar Sungai Petani untuk membeli keperluan dapur. Ketika itu hujan lebat dengan petir dan kilat. Dua tiga hari kebelakangan ini hujan turun disebelah petang selepas cuaca panas hampir tiga minggu. 
Montana Dakkar .... tahun 2002
Ketika turun dari kereta aku terlihat basikal yang digunakan oleh anak bongsu ke sekolah dalam keadaan tidak kena. Sekolah dimana anak bongsu aku belajar kurang 1 km dari rumah dan aku memberikan basikal mtb pertama yang aku beli pada tahun 2002. Basikal jenis Montana Dakkar boleh dikira entry level pada ketika itu  dan aku membayar RM600.00.
Aku menghadiahkan basikal tersebut kepadanya pada awal tahun ketika dia baru masuk tingkatan satu. Pelbagai nasihat diberikan untuk menjaga keselamatan basikal dan cara menggunakan. Sebenarnya aku masih sayang kepada basikal tersebut walaupun ada mtb lain yang jauh lebih bagus dan elok dan roadbikes yang amat bersesuaian dengan keperluan aku.
Tayar belakang belakang telah ditanggalkan dengan pertolongan senior kerana tersangkut, tidak boleh berpusing. Seorang kawan datang kerumah memberitahu mengenai kerosakkan tersebut dan abangnya terpaksa menjemputnya dengan kereta.
Bukan hendak bercerita tentang kerosakkan kecil tersebut tetapi untuk menyentuh sedikit tentang sikap anak anak sekarang. Mereka seolah tidak tahu menghargai dan menilai sesuatu barang milik mereka. Bukan hendak menyalahkan kerana kerosakkan yang berlaku, tetapi sebenarnya boleh dielakkan jika memberikan sedikit perhatian ketika menggunakan.
Aku mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk membaiki kerosakkan dan boleh digunakan untuk kesekolah esok.
    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan