Halaman

Selasa, 27 Mac 2012

Majlis angkat sumpah

Teringin untuk membuat kayuhan pendek pagi ini sebelum ke Majlis Angkat Sumpah Doktor untuk anak sulung aku. Majlis tersebut akan bermula pada jam 10.30 pagi. Kebiasaan secara sengaja atau tidak sengaja akan terlewat sekurang kurangnya setengah jam. Aku fikir, perjalanan ke lokasi mengangkat sumpah hanya mengambil masa 20 minit dengan Nissan X-trail, aku mempunyai banyak masa untuk membuat kayuhan.
Seperti biasa rancangan tersebut mendapat leteran dari orang rumah. "Macamlah tiada hari lain" katanya. Ok lah aku mengalah tetapi apa yang aku hendak buat untuk masa dua jam sebelum bertolak ke majlis tersebut. Majlis diadakan di Dewan AUCMS Kepala Batas, Seberang Prai.
Anak sulung aku mengambil kursus ke doktoran di Universitas Sumetara Utara, Medan Indonesia, yang mengadakan program 'twinning' dengan Allianze Universiti College of Medical Science, Kepala Batas. Tiga tahun di kampus USU untuk theori dan dua tahun setengah di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar Perlis untuk latihan amali. Tempat 'housemanship' akan diberitahu dalam masa terdekat. Kebanyakkan doktor baru ini mengelakkan dari posting ke Malaysia Timur dan ramai juga yang memohon ditempatkan di hospital berdekatan dengan rumah.
Begitu singkat masa berlalu. Lima tahun enam bulan dahulu aku 'menyerahkan' anak perempuan aku di ACMS (ketika itu masih belum mendapat taraf universiti) dan kemudian dia bertolak ke Universitas Sumatera Utara, Medan. Tanpa disedari kini aku berada di majlis angkat sumpah ini menyaksikan anak aku di iktiraf sebagai seorang doktor.
Hari ini tanggungjawap sebagai seorang ibu bapa mencapai kemucak. Segala pengorbanan yang diberikan kepada seorang anak dibalas dengan kejayaan yang hanya ibu dan bapa yang dapat menghayati.
Insyallah .. pertengahan tahun 2013 depan, anak kedua akan berada disituasi sama tetapi di Perancis. Kalau diizinkan dan dimurahkan rezeki, aku akan kesana untuk menyaksikan pula satu lagi peristiwa yang diharapkan oleh seorang ibu bapa.
    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan