Awal pagi aku ke pejabat imegresen, Wisma Keladi Sungai Petani untuk membuat pas sempadan (border pass) untuk ke Hat Yai esok dengan basikal. Pejabat imegresen terletak di tingkat dua bangunan tersebut. Tekan butang lift tetapi tiada apa yang berlaku, tiada lampu anak panah untuk ke atas menyala. Sah kedua dua lift rosak .... kena panjat tangga la plak. Bagus untuk otot betis.
Semua kerusi tempat duduk penuh. Aku berfikir sebaik sahaja mengisi borang dan menyerahkan kepada pegawai imegresen untuk di proses, aku akan turun semula untuk breakfast direstoren Nasi Kandar Pelita diseberang jalan. Tentu ramai yang memohon pas dan akan mengambil masa yang lama untuk disiapkan.
Mengapa aku tidak gunakan international passport, tidak perlu lah membuat permohonan untuk pas sempadan. Leceh ... kalau guna passport, nak kena ambil borang dan isi (RM2.00 kalau diberikan kepada penulis borang), kemudian beratur. Proses memasuki menggunakan passport agak lama kerana pihak imegresen Thailand kena key in nombor, kemudian berdiri dihadapan kamera untuk pengesahan gambar. Kalau ramai orang lambat juga.
Kelebihan penduduk di sebelah utara, iaitu negeri yang bersempadan dengan Thailand, boleh guna pas sempadan, lebih cepat dan mudah tanpa perlu mengisi borang. Cuma tidak boleh pergi jauh ... setakat Hat Yai atau Songkhla sahaja. Ada juga kawan yang pergi sehingga ke Phuket gunakan pas sempadan. Tiada apa yang terjadi kira ok lah ... taku takut terjadi perkara yang memerlukan bantuan. Susah dibuatnya.

Apabila melapur untuk menyatakan jenis permohonan dan untuk mendapatkan borang, pegawai bertugas meminta kad pengenalan, dua keping gambar dan wang sepuluh ringgit. Dia bertanya samada aku pernah memohon pas sempadan sebelum ini. Ini kali ketiga atau ke empat disamping dua atau tiga kali memohon passport international. Dahulu pejabat ini terletak agak jauh dari pekan iaitu di Taman Sri Wang hampir tiga kilometer dari lokasi sekarang yang terletak ditengah bandar.
Pegawai bertugas memberikan aku nombor giliran dan mengembalikan kad pengenalan, gambar dan wang dan menyuruh aku terus ke kaunter 4. Aku silap faham dan duduk dihadapan kaunter menunggu nombor giliran dipanggil. Melengung dua tigas minit, baru perasaan notis dihadapan kaunter mengarahkan pemohon meletakkan permohonan didalam kotak. Aku terus menuju kekaunter. Tidak berpuas hati, aku bertanya kepada pegawai dikaunter tersebut untuk pengesahan. Aku lihat nombor yang sedang mendapat khidmat hanya 6 dibelakang aku. Kansel... tidak jadi untuk turun.
Tidak sampai lima minit aku menunggu, nombor sebelum aku dipanggil dan juga nombor giliran aku. Wah ... sudah siap. Keseluruhan proses kurang dari sepuluh minit walau orang ramai. Yang ramai adalah pemohon untuk passport antarabangsa. Tapi passport memang untuk perjalanan antarabangsa kan? Kenapa sebut passport antarabangsa?
Semasa aku ke kedai untuk mengambil gambar aku ditanya untuk apa .. untuk passport antarabangsa ke atau passport biasa. Aku keliru dan bertanya balik kepada pekerja kedai (gadis melayu) .. ada berapa jenis passport? bukan kah passport hanya untuk perjalanan antarabangsa .... dia pun konfuse dan menunjukkan dua keping gambar berukuran passport yang berbeza... ah mungkin dimaksudkan adalah pas sempadan.

Tahniah kepada Pejabat Imegresen Sungai Petani.....
Disebelah petang aku memeriksa basikal dan menentukan semua berada dalam keadaan baik. Aku juga memeriksa tayar spare dan kelengkapan untuk menukar atau membaiki kerosakkan kecil. Teruja untuk memulakan kayuhan pertama ke Hat Yai .. jam 4.00 petang aku memasukkan basikal kedalam kereta.
Aku juga mengambil sedikit masa untuk melihat google maps pekan Hat Yai.
Here I come ....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan